FAIL MERAH PLAYLIST ~ MUSIC WHILE YOU READ


Salam Fadneiras yang dikasihi ^_^

Apa khabar? Sudah lama kita tak bertemu di laman web ini kan? Aku berharap kalian semua baik-baik sahaja. 

Sudah hampir dua bulan Fail Merah diterbitkan. Aku inging mengucapkan ribuan terima kasih kepada kalian yang telah membeli Fail Merah. Thank you for your support, guys. It's highly appreciated. Selain itu, aku juga mahu mengucapkan terima kasih kepada kalian yang telah membaca Fail Merah. Aku berharap kalian terhibur dengan novel sulung ini. Aku juga meminta maaf sekiranya Fail Merah ada sedikit kekurangan. Insya-Allah, I will improve better in the future. Kepada yang bakal membaca Fail Merah, selamat membaca lewah ^_^

Hari ini aku ingin mengkongsikan playlist Fail Merah kepada kalian semua. Sebagai seorang penulis, aku turut menggunakan beberapa lagu sebagai ilham untuk menggarap Fail Merah. Menggunakan lagu sebagai ilham adalah salah satu cara yang memberi aku idea dan semangat untuk menulis. Oleh itu, aku yakin mendengar lagu sambil membaca juga akan memberi kalian semangat untuk menghabiskan sebuah novel.

Dengan ini, aku kongsikan playlist Fail Merah di post ini. Playlist Fail Merah adalah seperti di dalam gambar di bawah...



Untuk playlist Fail Merah, aku telah memilih 11 buah lagu yang sesuai. 11 buah lagu ini terdiri daripada 7 lagu Melayu, 2 lagu Inggeris, dan 2 lagu Korea. Lagu-lagu ini boleh kalian dapati dengan mudah di Spotify, Joox, dan YouTube. 

Lagu Buta dendangan Caliph Buskers & Faizal Tahir telah dipilih sebagai lagu utama Fail Merah. Pada aku, lagu Buta amat sesuai dengan plot dan jalan cerita Fail Merah. Ia juga sesuai dengan watak utama novel ini iaitu Emil Muhayat yang terlalu taksub untuk membalas dendam sehingga dia terlupa dengan rezeki dan nikmat yang telah diberi Allah S.W.T.

Selain lagu Buta, Lagu Kita (Aizat Amdan), Arjuna Beta (Fynn Jamal), Tell Him (Celine Dion & Barbara Streisand), Susun Silang Kata (Aizat Amdan), dan Musim Asmara (Dr. Soo Wincci) juga aku pilih sebagai lagu top five untuk playlist Fail Merah. Lagu Arjuna Beta dendangan Fynn Jamal amat sesuai untuk menceritakan hubungan mak-anak Emil Muhayat bersama ibunya, Puan Asra, manakala Lagu Kita, Tell Him, Susun Silang Kata, dan Musim Asmara amat sesuai untuk menceritakan kisah cinta Emil dan love interestnya, Dahlia Jamilah.

Ok'lah, ini sahaja yang aku hendak kongsikan bersama kalian untuk post hari ini. Insya-Allah, aku akan mengkongsikan lagi konten Fail Merah pada masa akan datang di laman web ini, blog, dan akaun-akaun socmed kepunyaanku ~ Twitter, Instagram, Facebook. Jadi follow lah akaun-akaun socmed aku rapat-rapat agar kalian tidak ketinggalan.

Kepada kalian yang berminat untuk membeli novel Fail Merah, boleh hubungi aku di garnet.earthtiger@gmail.com atau DM aku di Instagram @mughunghwa. Maklumat untuk membeli novel Fail Merah adalah seperti di dalam poster di bawah...


Untuk makluman, novel Fail Merah kini juga boleh kalian dapati di sebuah kedai buku online bernama SM BOOKS & COLLECTIBLES (SMBC). Kalian boleh klik link ini >> FAIL MERAH AT SM BOOKS & COLLECTIBLES untuk mendapatkan Fail Merah di SMBC. 

Untuk makluman kalian juga, novel Fail Merah baru sahaja menerima review pertama daripada pembaca. Review pertama ditulis oleh seorang book blogger bernama Little Miss Book Spoiler. Jemputlah klik link ini  >> FAIL MERAH REVIEW BY LITTLE MISS BOOK SPOILER untuk membaca reviewnya.

Ok, ini sahaja untuk hari ini. Insya-Allah, semoga kita berjumpa lagi. Take care ^_^

XoXo,

Fadima Mooneira ^_^

(Penulis Novel Fail Merah)



#FailMerah #FadimaMooneiraWriter #NovelCintaDewasa #NovelMelayu #NovelBaruTerbit #FailMerahPlaylist #Buta #CaliphBuskers #FaizalTahir #LaguKita #SusunSilangKata #AizatAmdan #TellHim #CelineDion #BarbaraStreisand #MusimAsmara #DrSooWincci #WritingCommunity #WritersLife #WritersCafe #WritersOfMalaysia #FMooneirasBookshelf 



READ MORE ABOUT FAIL MERAH ON F.MOONEIRA'S BOOKSHELF

LIMA FAKTA MENARIK MENGENAI FAIL MERAH

FAIL MERAH BAB 4: SEBUAH FAIL BERWARNA MERAH

FAIL MERAH BAB 3: DUGAAN KEDUA

FAIL MERAH'S COVER REVEAL!

FAIL MERAH BAB 2: HOSPITAL

FAIL MERAH BAB 1: KELUARGA TUAN MUHAYAT & PESANAN

MEMPERKENALKAN FAIL MERAH (SEBUAH NOVEL ROMANSA DEWASA OLEH FADIMA MOONEIRA -BAKAL TERBIT!)


READ MORE ABOUT FAIL MERAH ON FADIMA MOONEIRA

INTRODUCING MY FIRST NOVEL, FAIL MERAH (PLUS FIVE INTERESTING FACTS)

FADIMA MOONEIRA ART GALLERY SEPTEMBER 2022 (FAIL MERAH SPECIAL)

FADIMA MOONEIRA ART GALLERY OCTOBER 2022 (FAIL MERAH SPECIAL PART 2)





Comments

  1. Ohhw wow...
    Thanks for sharing this playlist here, I will save it as my reading music now, I always read with radio station on, so now I can use this playlist :) cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Listening to music while you read is a good way to boost your reading mood. I'm glad you know to enjoy your reading pleasure. Keep it up!

      Delete

Post a Comment

Popular Posts