FADIMA MOONEIRA @ BAZAR BUKU @ TTDI
Eiyoooooo Fadneiras, Sudah hampir lima bulan kita tidak bertemu di laman ini. Sudah pasti kalian semua tertanya-tanya tentang keadaan dan aktivitiku sekarang, kan? Alhamdulillah, aku sihat sahaja kebelakangan ini. Aku kini sedang sibuk mempromosikan dan menjual karya-karyaku. Aku juga sedang berusaha keras untuk menghasilkan karya keempatku. Jadi, doakan aku dipermudahkan urusan ya. Semoga jualan untuk karya-karyaku yang sudah diterbitkan berjalan dengan lancar dan sentiasa mendapat sambutan yang baik daripada para pembaca. Semoga aku berjaya menerbitkan karya keempatku pada tahun hadapan. Aamiin. Untuk entri ini, aku ingin mengongsikan pengalamanku menyertai Bazar Buku @ TTDI yang berlangsung dari 23 Oktober (Jumaat) hingga 25 Oktober 2026 (Ahad) . Acara buku kecil-kecilan ini diadakan di Pusat Komuniti TTDI . Bazar buku ini dianjurkan oleh Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) . Untuk acara ini, aku berkolaborasi dengan Love Novel , sebuah syari...


