FAIL MERAH BAB 4: SEBUAH FAIL BERWARNA MERAH

Salam Fadneiras,

Hari ini, 29 Ogos 2022 merupakan hari yang bersejarah buatku. Hari ini, novel sulungku, Fail Merah diterbitkan. Syukur alhamdulillah. Yay! Insya-Allah, tarikh ini akan aku kenang selalu ^_^

Untuk makluman kalian, Fail Merah terdiri daripada genre romansa dewasa atau dipanggil adult romance genre. Selain dari cinta, novel ini juga mempunyai elemen-elemen kekeluargaan, persahabatan, dendam, muhibah, dan integriti. Novel Fail Merah diterbitkan oleh Fadneira Imaginative Empire (FIE). Ia sebuah novel self-publish dan mengandungi 460 muka surat. Kulitnya direka oleh Dawid Enoch, seorang pereka grafik dari Pahang, Malaysia. Novel ini juga telah mendapat thumbs up daripada Dr. Soo Wincci dan Encik Khairul Naim, seorang penulis novel thriller indie.

Oleh kerana Fail Merah merupakan sebuah novel self-publish, ia belum lagi di jual dimana-mana kedai buku (Insya-Allah, it will in the future). Kalian yang berminat boleh membelinya daripada aku. Infomasi untuk membeli novel Fail Merah adalah seperti di dalam poster di bawah:

HARGA SENASKAH NOVEL FAIL MERAH (TIDAK TERMASUK HARGA PENGHANTARAN)

1) SEMENANJUNG MALAYSIA: RM29.00

2) BORNEO MALAYSIA: RM31.00


HARGA PENGHANTARAN

1) POSSTORE UNTUK SEMENANJUNG MALAYSIA: RM7.00

2) OVER DELIVERY AREA (ODA)/ EXTRA CHARGES

O-2 ODA: RM2.50

3 ODA.   : RM3.50

5 ODA.   : RM5.50


2) POS LAJU UNTUK BORNEO MALAYSIA: RM12.00


Parcel bagi pembeli dari Semenanjung Malaysia akan dihantar menggunakan perkhidmat Posstore Putrajaya. Pembeli yang alamatnya berada dalam Over Delivery Area (ODA) akan dikenakan bayaran tambahan mengikut jarak alamat dari Posstore Putrajaya. Penghantaran parcel untuk pembeli dari Borneo Malaysia akan dihantar menggunakan perkhidmatan Pos Laju.

Untuk membeli dan juga sebarang pertanyaan mengenai Fail Merah, kalian boleh DM aku di Instagram @mughunghwa atau e-mel aku di garnet.earthtiger@gmail.com. Sepuluh pembeli terawal akan menerima novel mereka beserta autograph dari aku. Dan syukur alhamdulillah, sudah ada beberapa pembaca yang mengirim novel Fail Merah semasa pre-launching dan pada pagi ini. Terima kasih atas sokongan anda aku ucapkan. Sokongan anda amatlah dihargai dan bermakna buatku ^_^


Bersempena dengan launching day Fail Merah, aku dengan murah hatinya ingin mengkongsikan Bab 4 novel Fail Merah yang bertajuk SEBUAH FAIL BERWARNA MERAH kepada kalian. Bab 4 inilah yang membuka suspens dalam kisah Emil Muhayat. Jadi kalian bolehlah mengadakan sesi free-reading di laman web ini. Dan memandangkan novel Fail merah telah diterbitkan, Bab 4 merupakan sesi free-reading yang terakhir. Kalau nak tahu cerita selepas ini, kalian perlulah membeli novel Fail Merah senaskah ya ^_^ Bermula minggu hadapan aku akan kongsikan beberapa trivia menarik mengenai novel Fail Merah di F.Mooneira's Bookshelf. Insya-Allah.

Ok'lah, ini sahaja daripadaku. Selamat membaca lewah ^_^

XoXo,

Fadima Mooneira ^_^
(Penulis Novel Fail Merah)






“UIT... EMIL MUHAYAT! Ada awak hari ni.” Cikgu Azman menegur Emil dengan nada yang sinis. “Ingatkan awak masih kena denda dalam bilik disiplin lagi.”

 

       Petang semalam, Emil didenda kerana menumbuk seorang pelajar tingkatan empat di kantin. Emil ditahan di bilik disiplin selepas waktu rehat sehingga jam 4.00 petang.

 

        “Awak jadi famous semalam tau, Emil,” sambung Cikgu Azman.

 

         Emil tidak membalas. Dia hanya menjongketkan kening tebalnya.

 

        “Ish... Cikgu Azman ni nak mengeji aku juga ke?” tanya hati Emil.

 

       “Lagi satu Emil Muhayat... awak tahu tak apa yang bapak awak dah buat? Tak sangka betul. Pandai bermuka-muka rupanya bapak awak tu,” kata Cikgu Azman sambil menyindir. 

 

        Emil dan para pelajar lain terkejut dengan apa yang dikatakan cikgu muda itu. Kurang ajar sungguh mulutnya.

 

“Dah bapak awak tu dilabel sebagai najis masyarakat... awak masih lagi berani ya nak tunjuk muka kat sekolah ni?” cikgu mulut jahat itu menyambung sindirannya.  

 

Cikgu Azman merupakan guru subjek Bahasa Malaysia. Orangnya masih muda, baru dua tahun menjadi cikgu. Orangnya juga berhati busuk dan selalu dengki akan Tuan Muhayat. 

 

Jasper menoleh kepada Emil. Wajah Emil mula berubah reaksi dan warna. Jasper meletakkan tangan kanannya di atas bahu Emil. Jasper mahu menenangkan sahabatnya.

 

“Semalam mamat sial tu... hari ini Cikgu Azman sial ni pula nak mengeji aku dan baba,” marah Emil dalam hati. Kesabarannya sudah mula tipis apabila ada beberapa suara sumbang yang menyokong Cikgu Azman. Cikgu Azman berdiri di depan kelas sambil merenung Emil dengan wajah yang sinis. Dia seperti sengaja mahu menyakiti hati anak muridnya sendiri. 

 

Bang! Dengan perasaan marah, Emil menghentak meja dengan kedua belah penumbuknya. 

 

“Gasp!” Kesemua pelajar terkejut. Termasuklah Jasper.

 

Bro... bertenang.” Jasper berbisik. Dia cuba menenangkan Emil.

 

Emil langsung tidak mempedulikan Jasper dan rakan-rakan kelas yang sedang melihat aksinya. Dia terus merenung Cik Azman dengan mata seperti naga sakti. Cikgu muda itu meraba muka.

 

Tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata, Emil mengemas semua barang kepunyaannya, mengangkat beg, dan terus beredar dari kelas tanpa meminta izin Cikgu Azman.  Lagi sekali, semua pelajar terkejut dengan tindakan Emil. Ada yang sudah mula berbisik-bisik dengan rakan sebelah.

 

“Emil! Emil! Emil!” panggil Jasper sambil mengejar sahabatnya. Panggilan Jasper langsung tidak diendahkan oleh Emil.  

 

Cikgu Azman tersenyum sinis dan ketawa. “Hish... cakap sikit terus nak merajuk dot. Pondan sungguh,” sindir Cikgu Azman yang sebenarnya tidak layak langsung jadi guru dengan mulutnya yang tiada insurans.

 

“Mil! Lu nak buat apa ni? Jangan buat kerja gila,” Jasper menarik lengan kiri Emil. Emil pula menolak Jasper.  

 

“Aduh... apa nak jadi ni,” omel Jasper sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

 

“Aku nak berambus dari sekolah ni! Aku nak berambus dari sini!” jerit Emil dengan nada yang berapi. Dia tidak tahan mendengar nama baik babanya dihina orang. Semalam nama Tuan Muhayat dihina rakan-rakan sekolah. Hari ini Cikgu Azman pula menghina nama Tuan Muhayat.

 

“Lu jangan buat kerja gila. Lu nak berhenti sekolah ke?” tanya Jasper.

 

“Aku nak berambus. Itu keputusan aku. Noktah!”  

 

Emil membuka kunci dan mengayuh basikal keluar dari kawasan sekolah. Jasper hanya berdiam diri dan terpaku dengan tindakan Emil.

 

“Apa harus gua buat? Macam mana gua nak cerita dekat Auntie Asra nanti?” omel Jasper dengan hati yang risau.

 

Emil tidak dapat tahan lagi perasaan sedihnya. Sambil mengayuh basikal, Emil teresak-esak. 

 

“Ya Allah… apakah dugaan ini?” kata hatinya. 

 

“Apa dosa baba? Apa dosa kami sekeluarga?” Hatinya sangat menangis. Air mata sudah mengalir di pipinya bagaikan air terjun yang deras.

 

“Waaaaaaarrrrrrgggggghhhhhhh!” Emil mengayuh basikal sambil meraung sekuat hatinya.

 

Emil mengayuh semakin laju tanpa tahu ke mana hala tujunya. Dalam sedar tak sedar, Emil berhadapan dengan sebuah kereta Proton Perdana berwana silver. Pemandu kereta itu terkejut melihat Emil yang tiba-tiba sahaja melintas di hadapannya. Pemandu itu tidak sempat memberhentikan kereta. 

 

Keeeeddeeeebuuuuussssssh! Berlakulah kemalangan jalan raya. Emil rebah di atas bahu jalan. Kepalanya mengalir cecair merah pekat. 

 

Pemandu itu ialah Dr. Iskandar, doktor yang merawat Tuan Muhayat pada bulan lepas. Dr. Iskandar berada di dalam kereta bersama anak gadisnya, Dahlia Jamilah yang baru sahaja berusia 11 tahun.  

 

“Dahlia tak apa-apa?” tanya Dr. Iskandar sambil mengusap ubun-ubun anak gadisnya. Gadis kecil itu hanya mengangguk. Dr. Iskandar bersyukur anaknya tidak apa-apa. 

 

“Dahlia tunggu sini ya,” kata Dr. Iskandar, lalu segera keluar dari kereta. 

 

Keluar sahaja dari kereta, Dr. Iskandar ternampak seorang pemuda berpakaian sekolah menengah terbaring di bahu jalan. Kepalanya berdarah. Basikalnya pula habis remuk. Dr. Iskandar mengenali wajah anak muda itu. Wajah itu pernah dilihatnya pada bulan lepas.  

 

Nama anak muda itu Emil Muhayat, anak kepada arwah Tuan Muhayat yang cuba diselamatkannya sebulan yang lalu. Dr. Iskandar sangat bersimpati melihat keadaan Emil sekarang. Dia segera mendail nombor Hospital Putrajaya. Orang ramai mula berpusu-pusu di jalan raya untuk menyaksikan kemalangan.  

 

Walaupun tubuhnya sakit dan sukar untuk bergerak, Emil masih mampu mencelikan mata. Dia dapat melihat kelibat Dr.Iskandar dan beberapa orang di situ. Namun matanya tertumpu pada anak gadis kecil yang berdiri tidak jauh daripada Dr. Iskandar. 

 

Gadis itu nampak macam sebaya atau dekat umur dengan adiknya, Emilia. Orangnya comel, kulit putih melepak, rambut hitam panjang dan lurus. Gadis itu sedang mengendong anak patung Tweety Bird bersaiz kecil. 

 

Gadis itu juga merenung Emil dengan wajah yang sayu sambil mengigit bibir bawahnya. Dia seperti memahami isi hati Emil.

 

Tidak lama kemudian, Emil terdengar bunyi ambulans menghampiri lokasi. Perlahan-lahan Emil memejamkan mata………… 

 

 


DUA HARI KEMUDIAN…

 

Semasa sedang lena, Emil terasa ubun-ubunya diusap lembut. Perlahan-lahan dia membuka mata yang masih berat. Cahaya kelihatan terang. Wajah pertama yang dilihatnya selepas membuka mata ialah wajah lembut mamanya, Puan Asra.  

 

Wajah ibu penyayang itu kelihatan begitu sayu. Puan Asra menghadiahkan senyuman manis pada Emil. Beliau bersyukur anaknya sudah sedarkan diri. 

 

Puan Asra memanggil doktor untuk memeriksa keadaan anaknya. Seorang doktor muda dan tiga orang jururawat tampil untuk memeriksa Emil. 

 

Alhamdulillah. Doktor mengesahkan bahawa Emil tidak ada apa-apa masalah. Dia hanya koma selama dua hari. Insya-Allah Emil akan kembali sihat seperti biasa selepas ini. 

 

Setelah doktor mengesahkan keadaan Emil, Puan Asra kembali ke sisi anaknya. Dia bersyukur dan gembira anaknya tidak ada apa-apa masalah. Itulah doa Puan Asra selama dua hari ini.

 

“Mama…” Emil bersuara. Suaranya masih serak. 

 

Puan Asra menghulurkan botol air mineral kepada anaknya. Emil meneguk air dari botol tersebut. 

 

“Alhamdulillah. Anak mama dan bangun dan selamat,” kata Puan Asra. 

 

“Dua hari dah tau Emil tidur. Risau mama,” sambung Puan Asra lagi. 

 

“Dua hari ma?” Emil terkejut.  Puan Asra mengangguk.

 

“Emilia macam mana ma?” tanya Emil akan adiknya. 

 

“Emilia ok. Dia kat sekolah sekarang ni. Sikit lagi mama akan keluar sekejap jemput Emilia. Lepas zuhur baru mama akan datang ke hospital semula bersama Emilia,” beritahu Puan Asra. Emil bersyukur Emilia tidak ada apa–apa. 

 

“Masa kami dapat berita yang Emil dikejarkan ke hospital tu, Emilia risau juga tau,” kata Puan Asra.  

 

Emil tersenyum. Sayang juga Emilia padanya.

 

“Jasper pun risaukan Mil. Setiap hari tau Jasper sms mama,” sambung Puan Asra sambil menepuk bahu anaknya.

 

 “Nanti Emil sms Jasper ya. Beritahu dia yang Emil dah okey. Jangan buat dia risau,” Puan Asra berpesan kepada anaknya.  

 

“Baik ma... nanti Mil sms Jasper,” kata Emil. 

 

Puan Asra merenung wajah anak terunanya yang masih pucat. Namun dia bersyukur Emil sudah sedarkan diri. 

 

“Kenapa Mil buat kita orang risau?” marah Puan Asra.

 

“Jasper beritahu mama masa hari kejadian… Mil sakit hati dengan Cikgu Azman. Lepas tu… Mil terus keluar dari sekolah secara meluru. Kenapa Mil buat drama macam tu? Dah lah hari sebelum tu... Mil kena denda sebab bertumbuk dengan seorang pelajar junior.” Puan Asra tidak suka dengan perbuatan arjunanya semenjak-menjak ini. Emil seperti langsung tidak boleh mengawal sikap barannya.

 

“Sebab mereka hina baba.” Emil memberi jawapan pendek. Puan Asra mengeluh kecil.

 

“Mil... ma faham... Mil marah mereka hina baba. But you should not take things down to their level. You are more intelligent and wise than them, my son.” Puan Asra memujuk sambil menasihati arjunanya.

 

Emil hanya mengeluh. Mukanya berubah. Puan Asra juga mengeluh. Kedua-dua beranak masih sedih dengan musibah yang berlaku. Puan Asra menepuk bahu anaknya. 

 

“Mil lapar?” tanya Puan Asra. 

 

“Mama ada buat bubur ayam untuk Mil. Nak makan?” sambungnya lagi. 

 

“Boleh juga ma. Emil nak bubur ayam tu,” kata Emil dengan nada yang manja. 

 

Walaupun usianya sudah masuk 17 tahun, tetapi Emil masih bermanja dan berkasih sayang mesra dengan mamanya. 

 

Puan Asra memasukkan sedikit bubur ayam ke dalam mangkuk. Kemudian mangkuk itu dihulurkan kepada Emil. 

 

“Thank you, ma. I love you.”

 

Emil makan dengan penuh selera. Puan Asra tersenyum melihat gelagat anaknya. Emil memang gemarkan bubur ayam yang dimasak oleh mamanya.  

 

Pada Emil, bubur ayam mamanya adalah yang terbaik. Hati kedua beranak kembali berbunga buat sementara ini. 

 

“Emil, mama nak cakap sesuatu kejap boleh?” tanya Puan Asra.

 

            Emil mengangkat muka dan terus memandang wajah mamanya. Wajah Puan Asra kelihatan sayu.  

 

“Apa dia ma?” tanya Emil.

 

“Semalam, mama dipanggil pengetua sekolah,” Puan Asra memulakan ceritanya.

 

Emil tidak berkata apa-apa. Dia hanya mengangguk dan bersedia untuk mendengar cerita mamanya.  

 

“Kata pengetua, kebanyakan ibu bapa mengadu bahawa mereka tak mahu mama mengajar anak-anak mereka lagi. Oleh itu, pengetua nak mama ditukarkan ke sekolah lain dengan segera,” beritahu Puan Asra. 

 

Dahi Emil berkerut. Dia tidak mengerti kenapa ibu bapa kepada pelajar lain berfikiran demikian terhadap mamanya sehingga pengetua sekolah tersebut mahu menukar penempatan Puan Asra.  

 

“Ma, apa mereka fikir macam tu sekali? Dah pasti sangat ke tuduhan terhadap baba tu betul? This is unfair la ma,” kata Emil dengan nada yang tak puas hati. Puan Asra mengeluh kecil dengan kata-kata anaknya. 

 

“Nak buat macam mana nak. Dah mereka tak nak kita kat sekolah tu,” kata Puan Asra. 

 

“Pengetua juga kata mereka dah uruskan pun penempatan baru mama. Minggu depan adalah minggu terakhir mama kat sekolah Putrajaya. Lepas itu mama pindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi. Emil dan Emilia pun akan ikut sekali,” beritahu Puan Asra kepada anak sulungnya. Emil mendengus.  

 

“Petang semalam juga mama dah beritahu pasal ni kat Uncle Bakri. Uncle Bakri kata dia akan bantu kita. Kita juga akan keluar daripada quarters yang kita tinggal sekarang ni. Kita pindah duduk rumah yang baba beli kat Bangi ya,” beritahu Puan Asra lagi. 

 

“Mama tahu Emil tak setuju. Tapi apa kita boleh buat. Keadaan memaksa kita. Emil kena banyak bersabar,” Puan Asra menyeru anaknya untuk bersabar dan kuat semangat dengan dugaan yang dihadapi. Puan Asra juga memberitahu Emil, bahawa Emilia juga tidak gembira dengan apa yang dihadapi ini. Namun sebagai anak-anak mereka harus patuhi sahaja. Mungkin ada hikmahnya. 

 

“Sebenarnya mama request juga kat pengetua untuk menukar penempatan mama selepas hujung tahun ini. Sebab anak sulung mama ni kan nak SPM tak lama lagi. Tapi nak buat macam mana. Pengetua insist juga,” Puan Asra menceritakan kisahnya lebih lanjut agar Emil faham. 

 

Emil tidak berkata apa-apa. Dia hanya berdiam diri dan mengeluh. Nampak gayanya dia terpaksa berpindah ke sekolah lain dan berjauhan dengan sahabat karibnya, Jasper. Mungkin ini adalah lebih baik untuknya. Di sekolahnya sekarang pun, Emil asyik diejek dan dihina oleh pelajar-pelajar lain dek tuduhan terhadap arwah Tuan Muhayat. Mungkin berhijrah ke sekolah lain adalah lebih baik untuknya. 

 

 



SUDAH TIGA hari Emil keluar dari hospital. Alhamdulillah tubuhnya semakin sihat. Emil bersama mama dan adiknya mengemas barang-barang. Mereka akan berpindah ke Bandar Baru Bangi dalam masa yang terdekat ini.  

 

Sambil mengemas, Emil terkenangkan babanya. Hatinya berat untuk meninggalkan rumah sebandung dua tingkat yang terletak di Presint 8, Putrajaya. 

 

Semalam, satu hari Jasper membantu Emil, Puan Asra, dan Emilia mengemas rumah dan barang-barang. Emil berasa berat hati untuk tidak menuntut di sekolah yang sama dengan sahabat baiknya lagi. Tidak sangka satu peristiwa yang melanda dirinya dan keluarga terus mengubah hidup mereka sekelip mata. Jasper juga berat hati untuk berpisah dengan Emil. 

 

Petang tadi, Puan Noramah datang ke rumah untuk menziarah dan menghantar beberapa barang peribadi Tuan Muhayat. Bekas setiausaha Tuan Muhayat, sempat membantu Puan Asra dan keluarga mengemas barang. 

 

Jam sudah menunjukan pukul 10.00 malam. Emil baru selesai solat Isyak. Dia membelek barang-barang babanya yang dihantar oleh Puan Noramah tadi. Emil tersenyum buat seketika melihat frame gambar berwarna kuning yang diisi dengan gambar keluarga mereka.  

 

Gambar itu ditangkap semasa mereka bercuti di Disneyland Hong Kong empat tahun lepas. Mereka sekeluarga nampak gembira dan bahagia. Emilia kelihatan lucu dengan cekak telinga Minnie Mouse. 

 

“Kalaulah masa boleh diputarkan kan baik,” kata hati Emil. 

 

Dia meletakkan semula frame gambar itu ke dalam kotak. Matanya terpandang pada sebuah beg bimbit berwarna hitam. Beg bimbit itu diperbuat daripada kain kanvas. Ia tidak kelihatan mewah.

 

Emil membelek-belek beg bimbit tersebut, dan akui dia tidak pernah melihatnya sebelum ini. Beg bimbit itu agak berat. Ia mempunyai isi di dalam. 

 

“Hmm... I wonder what’s inside.” Emil bermonolog, lalu membuka zip beg bimbit tersebut.

 

Emil ternampak sebuah fail berwarna merah yang agak tebal isinya setelah zip dibuka penuh.  Tanpa perasaan takut, Emil mengeluarkan fail itu, lalu membuka dan membaca isi kandungannya satu persatu. 

 

Setelah membelek beberapa muka surat, barulah Emil tahu rupanya fail itu adalah fail penyiasatan babanya. Babanya sedang menyiasat mengenai kes penjualan kad pengenalan palsu kepada warga Bangladesh.

 

“Kes penjualan kad pengenalan palsu kepada warga Bangladesh,” kata Emil seorang diri dengan dahi berkerut. Keningnya pula terjongket-jongket.

 

“Apa semua ini? Bukankah baba dituduh sebagai pesalah laku kes ini?” tanya hatinya.

 

Mengikut fail yang dibacanya sekarang, Tuan Muhayat ialah pegawai polis yang menyiasat kes penjualan kad pengenalan palsu ini. Apa semua ini? Adakah Tuan Muhayat dituduh? Ataupun arwah sendiri memang pesalah laku? Emil semakin ralit membelek dan membaca setiap isi fail tersebut.

 

Cookcoo... cookcoo… cookcoo… Jam cookcoo berbunyi sebelas kali. Ini bermakna satu jam sudah berlalu. 

 

“Mil, apa buat lagi kat dalam bilik study baba tu? Tak nak tidur lagi ke nak?” tanya Puan Asra dari luar bilik. 

 

Puan Asra yang baru hendak masuk ke kamarnya perasan akan lampu bilik kerja Tuan Muhayat yang masih menyala. Dia pasti Emil berada di dalam bilik tersebut. Emilia jarang masuk bilik itu pada waktu malam.

 

 “Esok hari Isnin tau,” mamanya mengingatkan.

 

“Okey ma, nak tidur dah ni. Tengah kemas barang-barang baba jap,” kata Emil. 

 

Emil memasang telinga dan mendengar tapak kaki mamanya beredar dan menutup pintu bilik. Emil kembalikan tumpuannya pada isi fail tersebut. Dalam salah satu lampiran tertera nama Redzwan Yusof.

 

“Redzwan Yusof” Emil menepuk-nepuk dagunya dengan jari telunjuk sambil merenung pada siling. 

 

Nama Redzwan Yusof pernah didengarinya baru-baru ini. Nama itu disebut oleh Puan Noramah semasa mereka bertemu di Hospital Putrajaya sebulan yang lalu. Semasa hari pemergian Tuan Muhayat.

 

Ya! Redzwan Yusof... baru Emil ingat. Menurut Puan Noramah, orang terakhir yang melawat bilik Tuan Muhayat semasa hari kejadian ialah Redzwan Yusof. Selepas Redzwan Yusof keluar suasana bilik Tuan Muhayat kelihatan sunyi sepi. Itu cerita yang disampaikan oleh Puan Noramah semasa hari kejadian.

 

Apa yang dilakukan oleh Redzwan Yusof semasa melawat bilik babanya? Apa pula tujuan orang itu melawat babanya? Pelbagai soalan mula bermain di minda Emil. Emil memegang kepalanya dengan kedua belah tangan. 

 

Matanya mula berkaca jernih. Dadanya berombak kepanasan menahan marah. Dia dapat merasakan apa yang diceritakan oleh fail tersebut adalah benar. Dia juga yakin bahawa babanya dibunuh atas satu sebab. 

 

Tangan Emil mengepam penumbuk. Dia membaca butiran peribadi orang yang bernama Redzwan Yusof. Orang itu merupakan seorang pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) berpangkat M48 dan bekerja di agensi Fail Merah. 

 

Emil berdiri. Emil berhajat untuk menjejaki manusia yang bernama Redzwan Yusof satu hari nanti.  Dia yakin manusia inilah yang telah mencemarkan nama baik Tuan Muhayat.

Emil tidak akan membiarkan Redzwan Yusuf terlepas. Dia mesti menuntut bela kematian dan membersihkan nama baik Tuan Muhayat. Itu janji baru Emil pada dirinya.

 

Baba… insan istimewa buatku, pemergiannya akanku bela…Emil bermonolog. 

 

Di luar rumah, angin bertiup kencang dan bunyi guruh secara tiba-tiba kedengaran...







#FailMerah #Bab4 #SebuahFailBerwarnaMerah #FadneiraImaginativeEmpire #NovelRomansaDewasa #NovelCintaRomantis #NovelMelayu #NovelUrban #NovelBaruTerbit #AdultRomanceNovel #RomanceNovel #ComingSoon #WIP #WritingCommunity #MyWritingCommunity #WritersOfMalaysia #WritersOfASEAN #LadyWriter #RomanceWriter #KaryaFadimaMooneira #FadimaMooneiraWriter #FadimaMooneiraDotCom #FadimaMooneiraBookshelf




READ MORE ABOUT FAIL MERAH

Comments

  1. Wow. ..wishing you a happy upcoming anniversary in 29 Aug 2023 of your book Fail Merah , so proud of your achievement in your book writing , do keep it up ya . Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  2. Congrats and wish you all the best in your journey plus can't wait for your 1st book anniversary

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts