FAIL MERAH'S COVER REVEAL!


Salam Fadneiras yang dikasihi,

Selamat kembali ke F.Mooneira's Bookshelf. Sudah seminggu kita tidak berjumpa kan? Kalian semua apa khabar? Aku harap kalian semua sihat sejahtera dan gembira selalu. Selain itu, aku juga berharap kalian semua sedang teruja menanti kejutan yang bakal aku kongsikan di F.Mooneira's Bookshelf untuk post minggu ini. Hehehe ^_^

Tetapi sebelum menyampaikan objektif minggu ini, aku hendak maklumkan kepada kalian semua bahawa novel Fail Merah kini berada dalam proses pencetakan. Insya-Allah, novel fizikalnya akan dapat dilihat  pada hujung bulan ini. 

Oleh itu, sudah sampai masanya untuk aku kongsikan kulit novel Fail Merah bersama kalian. Jom,... kita lihat imej merah menyala di bawah...


Kulit Depan Novel Fail Merah


Jeng... jeng... jeng... Imej di atas adalah kulit depan novel Fail Merah. What do you guys think? Stunning isn't it? Kulit novel ini direka oleh Dawid Enoch. Dawid Enoch merupakan seorang pereka grafik dan pelukis illustrasi digital yang berasal dari Pahang, Malaysia. Sebelum Fail Merah, beliau pernah mereka kulit novel The Sultanate Lord Empiro yang digarap oleh Elvroseth. Sekiranya berminat dengan hasil kerja Dawid Enoch, kalian bolehlah intai Instagram beliau @dawid _enoch  Pereka grafik ini mempamerkan hampir semua hasil kerja kreatif beliau di laman Instagramnya. Dawid Enoch seorang pereka grafik dan pelukis illustrasi yang sangat berbakat dalam seni digital. Beliau juga seorang yang peramah, dan mudah untuk memberi kerjasama. Short bio beliau adalah seperti di bawah...

Short Bio Dawid Enoch ^_^



Sekarang, izinkan aku untuk mengkongsikan kulit belakang novel Fail Merah yang juga direka oleh Dawid Enoch...

Kulit Belakang Novel Fail Merah


Taadaa!!!!!! Ini dia kulit belakang novel Fail Merah. Untuk pengetahuan kalian, novel Fail Merah telah diberi thumbs up oleh Malaysia's brain and beauty icon, Dr. Soo Wincci dan penulis thriller indie, Encik Khairul Naim

Insya-Allah, novel Fail Merah akan diterbitkan pada 29.08.2022 oleh Fadneira Imaginative Empire. Kalian yang berminat sudah boleh pre-order novel ini daripada aku. Harga untuk novel ini ialah RM29.00 senaskah untuk Semenanjung Malaysia dan RM31.00 senaskah untuk Sabah/Sarawak. Kepada kalian yang berminat, boleh DM aku di Instagram @mughunghwa atau e-mel aku di garnet.earthtiger@gmail.com.

Ok'lah, ini sahaja yang hendak aku kongsikan untuk minggu ini. Insya-Allah, jumpa lagi di dalam post minggu hadapan. Untuk post minggu hadapan, aku akan kongsikan lagi mengenai Fail Merah. Jadi, jangan ketinggalan ya ^_^

Sekian, terima kasih,

Fadima Mooneira ^_^

(PENULIS NOVEL FAIL MERAH)



#FailMerah #NovelCoverReveal #KulitNovel #FadneiraImaginativeEmpire #DawidEnoch  #NovelRomansaDewasa #NovelCintaRomantis #NovelMelayu #NovelUrban #BakalTerbit #AdultRomanceNovel #RomanceNovel #ComingSoon #WIP #WritingCommunity #MyWritingCommunity #WritersOfMalaysia #WritersOfASEAN #LadyWriter #RomanceWriter #KaryaFadimaMooneira #FadimaMooneiraWriter #FadimaMooneiraDotCom #FadimaMooneiraBookshelf




READ MORE ABOUT FAIL MERAH

Comments

  1. OMG cun gilerrrr!!! Nampak novel nie kelass giler macam terbitan publishing house yg dah mantap! Tahniah!!! Reserve one for me as usual pls 👏👏👏🤩🤩🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, babe. Sure will reserve one for you ♥️🖤

      Delete

Post a Comment

Popular Posts