MEMPERKENALKAN: FAIL MERAH (SEBUAH NOVEL ROMANSA DEWASA OLEH FADIMA MOONEIRA - BAKAL TERBIT!)
Salam Fadneiras,
Apa khabar? Aku harap kalian semua sihat sejahtera di bawah lindungan-Nya. Minta maaf kerana sudah agak lama tidak munculkan diri di laman web ini. Seperti yang pernah dimaklumkan, F. Mooneira's Bookshelf adalah laman rasmiku sebagai penulis buku. Dalam Bahasa Inggeris, this page is my author website. Kerana ini, F. Mooneira's Bookshelf hanya mengkongsikan post-post yang berkaitan dengan projek penulisan dan buku-buku yang bakal aku terbitkan.
Hari ini aku mempunyai hajat dan sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama kalian semua. Novel sulungku, Fail Merah bakal diterbitkan pada hujung bulan Ogos ini. Insya-Allah ^_^ Oleh itu, aku mahu memperkenalkan novel Fail Merah kepada kalian semua.
Bila terdengar tajuknya 'Fail Merah', aku tahu kalian mungkin memikirkan ia sebuah novel bergenre penyiasatan atau thriller? Am I right? Hehehe ^_^ Untuk pengetahuan kalian, Fail Merah bukan sebuah novel penyiasatan atau thriller. Ia sebuah novel bergenre romansa dewasa/cinta romantis. Aku ni bukan suka sangat nak gunakan tajuk yang terlalu berbunga-bunga dan jiwang-jiwang gitu. Padaku, perkataan atau warna merah sudah cukup untuk memberi gambaran kepada pembaca bahawa Fail Merah merupakan sebuah novel yang romantis. Selain cinta, warna merah juga memberi maksud dendam, perasaan marah dan sedih. Dendam, marah, dan sedih juga adalah mood untuk novel Fail Merah selain cinta. Novel ini membawa trope, bad-boy-and-innocent-girl romance.
Fail Merah mengisahkan seorang pemuda bernama Emil Muhayat. Kehidupan Emil sangat bahagia semasa zaman kanak-kanak dan remaja. Emil mempunyai seorang bapa penyayang bernama Tuan Muhayat, ibu yang baik hati bernama Pn. Asra, dan adik perempuan yang comel bernama Emilia. Konflik hidup Emil bermula semasa usianya 17 tahun. Bapanya dibunuh dan difitnah melakukan jenayah. Peristiwa tersebut mengubah pendirian Emil, daripada seorang pemuda yang ceria dan periang kepada seorang yang panas baran, egoistik, dan pendendam. Emil berhajat untuk menuntut bela kematian bapanya. Insan yang bernama Redzwan Yusof harus dijejakinya.
Tidak banyak yang hendak aku kongsikan untuk post pertama Fail Merah. Untuk post minggu ini, aku hanya hendak mengumumkan mengenai novel sulungku yang bakal diterbitkan tidak lama lagi. Untuk pengetahuan kalian, novel Fail Merah telah menerima ISBN barcode dan ia bakal dihantar ke kedai cetak dalam masa terdekat ini. Insya-Allah.
Novel ini juga telah didaftar sebagai HAK CIPTA TERPELIHARA. Oleh itu, tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Fadneira Imaginative Empire.
Novel ini adalah sebuah karya fiksyen. Rujukan kepada orang perseorangan, peristiwa, pertubuhan, organisasi atau tempat direka bertujuan untuk ketulenan. Sebarang persamaan kepada perseorangan, sama ada yang masih hidup atau mati, peristiwa atau kawasan adalah kebetulan. Semua watak, peristiwa, serta dialog diambil daripada imaginasi penulis dan tidak boleh ditafsirkan sebagai benar. Watak-watak yang terdapat dalam novel ini, mahupun ilustrasi kulit luar adalah hasil karya kreatif penulis dan ilustrator semata-mata. Ia tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
Okey, ini sahaja yang hendak aku kongsikan untuk minggu ini. Insya-Allah, pada minggu hadapan aku akan kongsikan Bab 1 novel Fail Merah dengan kalian. Jadi bolehlah kalian buat free-reading di laman web ini. Apa-apa pengumuman mengenai Fail Merah akan beritahu di laman web ini, blog, Facebook Page, Instagram dan juga Twitter kepunyaan aku. Oleh itu, followlah akaun-akaun social media aku rapat-rapat. Agar kalian tidak ketinggalan ^_^
Sebelum mengucapkan selamat malam, aku akan kongsikan blurb Fail Merah. Jemputlah baca...
“Kalau apa-apa terjadi kat baba, Emil jaga mama dan Emilia ya. Be the man of the house.”– Tuan Muhayat.
Pesanan terakhir Tuan Muhayat keramat di hati anak sulungnya, Emil.
Pada hari yang sama, Tuan Muhayat pergi tanpa diduga. Beliau ditemui rebah dan tidak bernyawa di bilik pejabatnya. Sebulan selepas pemergian Tuan Muhayat, Emil dan keluarganya dilanda lagi satu musibah. Arwah Tuan Muhayat telah dituduh terlibat dalam satu kes jenayah yang tidak dilakukannya. Tuduhan tersebut sekaligus telah mencemarkan nama baik arwah dan menjadikan keluarga yang ditinggalkannya dihina orang ramai.
Semasa mengemas barang-barang bapanya, Emil terjumpa sebuah fail yang mencurigakan. Di dalam fail tersebut tertulis nama ‘Redzwan Yusof’. Redzwan Yusof! Nama itu kekal dalam ingatan Emil. Emil berhajat untuk menjejaki insan yang bernama Redzwan Yusof.
“Baba… insan istimewa buatku, pemergiannya akanku bela…” – Emil Muhayat
13 tahun berlalu, Emil sudah dewasa dan kini bergelar seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD). Insan yang dijejakinya pula sudah bergelar Datuk dan kini merupakan seorang Ketua Pengarah di tempat Emil bekerja.
Di tempat kerjanya, Emil berkenalan dengan seorang gadis bernama Dahlia Jamilah yang juga merupakan Pegawai Khas kepada Datuk Redzwan Yusof. Semasa awal perkenalan, Emil cuba menggoda Dahlia dengan tujuan untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai Datuk Redzwan Yusof. Tetapi setelah jauh berkenalan, hubungan Emil dan Dahlia menjadi semakin rapat. Keperibadian Dahlia yang jujur dan baik hati telah membuatkan Emil jatuh cinta padanya.
Emil dan Dahlia disatukan sebagai pasangan suami isteri pada pertengahan cerita. Kehidupan mereka sangat bahagia sehingga Emil dikhabarkan berita mengenai bapa Dahlia.
“Mama cuma nak beritahu kau… dendam itu pintu kejahatan. Dendam itu boleh makan diri kau sendiri lambat laun. Jangan biarkan ego kau sekarang makan diri kau masa akan datang. Kau fikir baik-baik, Mil. Jangan ego kau sekarang buat kau menyesal kemudian hari. Be wise my son.” -Puan Asra
Antara cinta dan dendam… yang mana satu akan menjadi pilihan Emil Muhayat? Sanggupkah Emil merosakkan kebahagian yang dia telah dibina bersama Dahlia hanya kerana dendam dan egonya?
Fadima Mooneira ^_^
(Penulis Novel Fail Merah)
OMG menariknya blurb tu. Rasa macam tak sabar pulak nak tunggu novel nie terbit Cover novel pun tak sabar rasanya nak tengok 🤩🤩🤩🤩🤩🤩
ReplyDeleteI will reveal the cover in August before the book launching. Please don't miss out. Thank you very much for your forever support ^_^
Delete