LIMA FAKTA MENARIK MENGENAI FAIL MERAH


Salam Fadneiras,

Selamat kembali ke F.Mooneira's Bookshelf. Apa khabar? Aku harap kalian semua baik-baik sahaja dan sihat walafiat ^_^

Aku di sini mahu mengucapkan syukur kerana novel sulungku, Fail Merah sudah pun berjaya diterbitkan. Syukur alhamdulillah. Tercapai juga impianku untuk menjadi seorang novelis. Tarikh 29 Ogos 2022 akan aku kenang sehingga ke akhir hayatku. Insya-Allah. Selain itu, aku juga mahu mengucapkan terima kasih kepada kalian yang telah membeli dan pre-order novel Fail Merah. Selamat membaca lewah aku ucapkan ^_^ Aku harap kalian semua akan terhibur dengan novel tersebut. Sekiranya ada masa lapang, aku memohon jasa baik kalian untuk memuat naikkan gambar/video/apa-apa sahaja jenis konten mengenai Fail Merah di akaun Instagram atau Twitter milik kalian. Just a selfie of you guys with the novel will do. Dan jangan lupa gunakan hashtag #FadimaMooneiraWriter dan #FailMerah untuk post kalian. Selain itu, jangan lupa tag aku di post kalian. (FYI, my Instagram @mughunghwa & my Twitter @Mooneira) Insya-Allah, aku akan mengkonsikan post kalian di Insta Story atau meretweetnya di Twitter.

Untuk post hari ini, aku ingin mengkongsikan lima fakta menarik mengenai Fail Merah bersama kalian semua. Kepada yang berminat untuk membeli novel Fail Merah, aku juga akan kongsikan caranya di hujung post ini. Jadi, bacalah post ini sehingga ke penghujungnya ya. Ok, jom kita lihat lima fakta menarik mengenai novel sulungku ini...


PS: KLIK LINK INI UNTUK MEMBACA BLURB FAIL MERAH >> BLURB FAIL MERAH


#1 FAIL MERAH BUKAN SEBUAH NOVEL BERGENRE THRILLER ATAU PENYIASATAN

Aku bersama novel Fail Merah ^_^

Pertama, aku hendak memaklumkan kepada kalian semua bahawa Fail Merah bukanlah sebuah novel bergenre thriller atau penyiasatan. Tetapi ia merupakan sebuah novel bergenre romansa dewasa/ cinta dewasa. It's an adult romance novel with dark vibes, guys. Sebelum novel ini diterbitkan, ramai rakan-rakan baik bertanya sama ada Fail Merah merupakan novel bergenre thriller atau penyiasatan oleh kerana tajuknya yang tidak berbunga-bunga. Aku ni bukannya minat novel cinta yang tajuknya terlalu berbunga-bunga. Oleh itu, aku pilihlah tajuk yang bunyinya unik. Padaku, novel cinta tidak semestinya mempunyai tajuk yang berbunga-bunga. Creativity can be anything. Am I right? Lagipun, penulis novel cinta no.1 di Malaysia, Anjell juga tidak gunakan tajuk yang terlalu berbunga-bunga untuk novel-novel beliau, i.e Dr. Alpha Male, Dheo's, dan King Haidar.


#2 REMY HII DAN IU ADALAH INSPIRASI DAN MOTIVASI UTAMAKU UNTUK FAIL MERAH

IU~ my girl-crus & inspiration for Dahlia. Remy Hii~ my man-crush & inspiration for Emil.

Kepada kalian yang mengenaliku secara relaliti dan selalu membaca blogku, Fadima Mooneira tentu sudah tahu bahawa aku amat meminati pelakon Malaysian-Australian, Remy Hii dan pelakon Korea, IU. Yep, I'm a big fan of them. Remy Hii is my man-crush, and IU is my girl-crush. Oleh itu, aku jadikan mereka sebagai inspirasi dan motivasi utama untuk menulis novel Fail Merah dan menerbitkan ia. Untuk melihat Remy Hii dan IU sebagai on-screen couple adalah salah satu impianku sebagai peminat mereka. Dan untuk menjadikan impianku ini separuh realiti, aku menjadikan Remy Hii sebagai inspirasi untuk mereka watak Emil Muhayat (watak utama Fail Merah). Aku juga menjadikan IU sebagai inspirasi untuk mereka watak Dahlia Jamilah (love interest Emil Muhayat). Menjadikan Remy Hii dan IU sebagai inspirasi dan motivasi benar-benar membantu aku untuk menulis dan menerbitkan novel Fail Merah. Syukur alhamdulillah ^_^


#3 FAIL MERAH MERUPAKAN SEBUAH NOVEL MUHIBAH 

Illustrasi Cempaka Sari ~ adik angkat kepada heroine Fail Merah, Dahlia Jamilah. Cempaka  seorang gadis berbangsa Afrika dan berasal dari Sudan (Imej: My Artstagram @fmooneira_art)

Fail Merah merupakan sebuah novel muhibah. Watak-watak di dalam novel ini terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, dan agama. Watak utama, Emil Muhayat merupakan seorang pemuda Melayu berkacukan Cina-Sabah. Love interestnya, Dahlia Jamilah pula merupakan seorang gadis Melayu berkacukan Cina dan Campa. Emil juga mempunyai seorang sahabat baik bernama Jasper Teoh yang berbangsa Cina. Watak Cempaka Sari, iaitu adik angkat kepada Dahlia pula berasal dari Sudan dan berbangsa Afrika.

Oleh kerana Fail Merah merupakan sebuah novel muhibah, target marketnya bukan sahaja di kalangan pembaca Melayu. Tetapi semua rakyat Malaysia. This novel is geared toward all Malaysians above 16 years old.


#4 AKU BUKAN SEKADAR MENULIS UNTUK MENGHASILKAN FAIL MERAH


Untuk pengetahuan kalian, aku mula menulis novel ini pada awal MCO pertama, iaitu Mac 2020. Wah... agak lama ya masa yang aku ambil untuk terbitkan Fail Merah. Sedangkan penulis lain hanya mengambil setengah tahun untuk menerbitkan novel mereka. Secara jujurnya, aku bukan sekadar menulis untuk menghasilkan novel Fail Merah. Tetapi aku turut mengedit manuskripku sendiri, membuat reka layout sendiri, memilih seorang pereka grafik untuk mereka kulit novel Fail Merah, memohon ISBN dan label HAK CIPTA TERPELIHARA, dan memilih printing company untuk mencetak Fail Merah. Fuh... banyak sungguh kerja yang aku lakukan untuk Fail Merah ya. Selain itu, aku juga telah menubuhkan syarikat penerbitanku sendiri iaitu, Fadneira Imaginative Empire. Mempunyai syarikat penerbitan sendiri ialah salah satu impianku. Syukur alhamdulillah, aku telah mencapai salah satu impianku hanya kerana untuk menerbitkan Fail Merah. 

Insya-Allah, aku berhajat untuk menjadikan Fadneira Imaginative Empire sebagai sebuat syarikat penerbitan dan kreatif konten yang maju jaya agar aku dapat menulis dan menerbitkan lagi karya-karya kreatifku. Selain itu aku juga berhajat untuk membantu anak-anak muda Malaysia yang kreatif dan imaginatif untuk mencapai impian dan kejayaan mereka. Tetapi buat masa kini, Fadneira Imaginative Empire hanya mampu menerbitkan karya-karya aku sahaja. Insya-Allah, beberapa tahun akan datang mungkin Fadneira Imaginative Empire akan menerbitkan karya-karya dari penulis lain. Jadi doakanlah kejayaan aku. Kejayaan aku bakal menjadi kejayaan kalian juga ^_^



#5 EPILOGUE FAIL MERAH MEMPUNYAI TIGA PETUNJUK MENGENAI KARYA-KARYA YANG BAKAL AKU TULIS


Kepada kalian yang sudah membaca novel Fail Merah, di dalam epilogue novel tersebut aku telah memberi tiga petunjuk mengenai karya-karya yang bakal aku garap untuk masa hadapan. Aku mungkin akan menulis kisah cinta sepupu Dahlia, Maya Juhara bersama seorang jejaka Korea Selatan. Aku juga mungkin akan menghasilkan karya mengenai adik perempuan Emil, Emilia Muhayat bersama love interestnya. Ataupun aku juga mungkin akan menggarap kisah cinta kedua Emil dan Dahlia. Untuk menjadikan idea-ideaku ini satu realiti, aku benar-benar mengharapkan sokongan dari kalian semua.  Insya-Allah dengan sokongan kalian, aku akan terus berkarya dan membantu anak-anak muda yang mempunyai impian sepertiku untuk menacapai impian mereka juga. 


Ok, inilah lima fakta menarik mengenai novel Fail Merah yang aku hendak kongsikan bersama kalian semua. Sekarang aku kongsikan cara-cara untuk kalian dapatkan senaskah novel Fail Merah. Untuk makluman, Fail Merah merupakan sebuah novel swaterbit. Justeru itu, ia masih lagi belum dijual dimana-mana kedai buku di Malaysia. Insya-Allah, in the future it will. Buat masa sekarang, kalian hanya boleh dapatkan novel ini daripada aku. Maklumat untuk membeli senaskah novel Fail Merah seperti di dalam poster di bawah. Kepada yang berminat, silalah rujuk poster di bawah ya.


Kalian juga boleh DM aku di Instagram @mughunghwa atau menghantar pesanan e-mel di garnet.earthtiger@gmail.com sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai Fail Merah. Untuk makluman, novel ini hanya dijual kepada Malaysian citizens. Parcel kepada pembeli dari Semenanjung Malaysia akan dihantar dengan perkhidmatan Posstore Putrajaya. Pembeli dari Semenanjung mungkin juga akan dikenakan bayaran ODA (Over Delivery Area) berdasarkan jarak alamat dari kawasan Putrajaya. Parcel kepada pembeli dari Sabah dan Sarawak akan dihantar dengan perkhidmatan Pos Laju.

Ok, ini sahaja yang hendak aku kongsikan bersama kalian. Sekian, terima kasih. Semoga kita ketemu lagi. Insya-Allah.

XoXo,

Fadima Mooneira

(Penulis Novel Fail Merah)



#FailMerah #FadimaMooneiraWriter #NovelCintaDewasa #NovelMelayu #NovelBaruTerbit #LimaFaktaMenarikMengenaiFailMerah #TriviaFailMerah #WritingCommunity #WritersLife #WritersCafe #WritersOfMalaysia #FMooneirasBookshelf 


READ MORE ABOUT FAIL MERAH ON F.MOONEIRA'S BOOKSHELF

FAIL MERAH BAB 4: SEBUAH FAIL BERWARNA MERAH

FAIL MERAH BAB 3: DUGAAN KEDUA

FAIL MERAH'S COVER REVEAL!

FAIL MERAH BAB 2: HOSPITAL

FAIL MERAH BAB 1: KELUARGA TUAN MUHAYAT & PESANAN

MEMPERKENALKAN FAIL MERAH (SEBUAH NOVEL ROMANSA DEWASA OLEH FADIMA MOONEIRA -BAKAL TERBIT!)


READ MORE ABOUT FAIL MERAH ON FADIMA MOONEIRA

INTRODUCING MY FIRST NOVEL, FAIL MERAH (PLUS FIVE INTERESTING FACTS)

FADIMA MOONEIRA ART GALLERY SEPTEMBER 2022 (FAIL MERAH SPECIAL)

Comments

  1. Congrats on Fail Merah and keep on producing! Look forward to reading more of your writings soon.

    ReplyDelete
  2. Wow congrats again sis, macam kena juga grab this novel sampai habis

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts