MANCHESTER EPIPHANY @ PESTA BUKU UKM 2026



Eiyo Fadneiras,

Selamat kembali ke F.Mooneira's Bookshelf ^_^ Untuk entri kali ini, aku ingin berkongsi pengalamanku menyertai Pesta Buku UKM (Pesbukm) 2026 yang telah dijalankan pada hujung bulan April lalu. Pesbukm merupakan pesta buku pertama yang aku sertai sejak berjaya melahirkan novel ketigaku, Manchester Epiphany. Alhamdulillah, Pesbukm sangat meriah walaupun ia bukanlah acara yang besar seperti PBAKL dan SIBF. Aku bersyukur dapat berjumpa semula dengan rakan-rakan seperjuangan yang sudah sekian lama tidak kutemui. Selain rakan-rakan seperjuangan, aku juga dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru dalam industri buku dan berjumpa dengan pembaca-pembaca baru. Alhamdulillah, Pesbukm merupakan pengalaman yang sangat baik buatku sebagai seorang authorpreneur ^_^

Acara yang meriah ini dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). UKM merupakan salah satu sebab aku berminat untuk menyertai pesta buku ini. Menyertai Pesbukm memberiku peluang untuk melawat alma materku. Iya! Aku seorang graduan UKM. Sudah pasti aku seronok dapat melepaskan rindu kepada tempat kumenuntut ilmu dahulu. Yay!!! Pesukm diadakan di Dewan Canselor Tun Razak (Dectar), UKM, Bandar Baru Bangi, Selangor. Pesta buku yang menyeronokan ini berlangsung selama empat hari. Ia bermula pada 24 April dan berakhir pada 27 April 2026.

Selain dapat berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan, berkenalan dengan rakan-rakan baru, dan melepaskan rindu pada alma materku, aku juga dapat membuat banyak sales. Syukur alhamdulillah, I'm very grateful for the sales I made. Terima kasih kepada kalian yang membawa pulang karyaku. Terima kasih kepada rakan-rakan Karyawan Mandiri kerana sudi menjemputku lagi. It's always a pleasure working with you guys. Special thanks to Amshida Ahmad Rani, Nabun Ahmad, Norden Mohamed, TS. Dr. Zulkifli Sidi, Mak Chantek, Tata Yusof, Dr. Faiza, Hambali Idrus, and Saleha Rahim. Harapnya kita dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang. Terima kasih juga kepada kalian yang berkunjung ke booth Karyawan Mandiri dan memberi support. Your support means the world to us ^_^

Okay, ini sahaja yang ingin aku kongsikan. Jom! Kita lihat beberapa gambar yang berjaya ditangkap. Let the pictures do the talking ^_^


Taadaa!!! First day at Pesbukm with Yasmeen & Arban. Pesbukm is their first book event ^_^


With Puan Amshida Ahmad Rani (author of Cinta Tidak Menipu). She's also the leader of Karyawan Mandiri and the author who wrote the foreword in Manchester Epiphany ^_^


Bersama pembeli Manchester Epiphany yang pertama semasa Pesbukm ~ Adik Alisya. Terima kasih kerana membawa pulang Yasmeen dan Arban <3 <3 


Happy hour bersama Puan Amshida Ahmad Rani ~ Ketua Karyawan Mandiri


Selfie bersama sahabat Karyawan Mandiri baru, Dr. Faiza. Nice to meet you, Dr. Faiza. Semoga ketemu lagi di event-event buku yang akan datang.


Chaaa!!! Hari kedua! Hambali Idrus dan Fadima Mooneira ~ dua ahli millennial jaga booth. Bersemangat waja booth Karyawan Mandiri ^_^


Terima kasih, Abang Latep, for your brilliant support. This means the world to me ^_^


Terima kasih, Adik Saffiya. Semoga kisah Yasmeen menjadi kisah anda juga ^_^


Terima kasih, Miss Ema Fatma, kerana memilih Fail Merah <3 <3 <3



Weehoo!!! Hari ketiga sudah ^_^


Berbincang utk memperkasakan Malaysian literature ke persada dunia bersama Akyelrahim (novelis Ivy)


Terima kasih, Puan Irni Fazrita. Dulu awak pernah membawa Maya pulang. Kali ini awak bawa adiknya pulang pula. Terima kasih byk2 <3


Terima kasih atas sokongan, Adik Adibah. Alhamdulillah, laku lagi first babyku <3


Bersama Encik Ariff (penulis Buat Baik) ~ rakan yang aku kenal semasa PBAKL 2023


Bersama Farah Azwa. Terima kasih, Farah. Dulu awak pernah bawa balik Maya Juhara. Skrang awak bawa balik sepupunya, Dahlia Jamilah pula <3


Taadaa!!! OOTD hari keempat. T-shirt & cap by Izzati Suza. Hari keempatlah, hari yang paling meriah ^_^


Bersama kakak angkatku, Kak Long Saara. Terima kasih, Kak Long, kerana tidak pernah putus memberi support ^_^


With bestie, Maddy M <3 Thank you for your endless support, babe ^_^


Wah! Dapat bergambar dengan Siti Nordiana lagi tu ^_^


Thank you for your support, Nuverah. It's a pleasure to see you again. Lama sgt dah x jumpa. Nanti kita hang out lagi, ok.


With Mami's friend, Dr. Wan. Thank you for your support, Dr. Wan. You look so beautiful in green <3 <3 <3 


Sekian, terima kasih daripada Amshida Ahmad Rani dan Fadima Mooneira. Semoga jumpa lagi di next event. Insya-Allah <3



XoXo,

Fadima Mooneira ^_^
(Novelist Manchester Epiphany)



#FadimaMooneiraWriter #ManchesterEpiphany #SaranghaeyoNamsan #FailMerah #ContemporaryRomance #KaryawanMandiri #PestaBukuUKM #Pesbukm #BookEvent #WritersEvent #WritersLife 








































Comments

  1. 🥳🥳🥳👏👏👏 ~Maddy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sebab dtg. Nanti dah baca ME review ya. Tq <3 <3 <3

      Delete

Post a Comment

Popular Posts