Eiyo Fadneiras,
Selamat kembali ke F.Mooneira's Bookshelf ^_^ Syukur alhamdulillah, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 sudah berlalu dengan baik dan jayanya. Oleh itu, izinkan aku mengongsikan pengalaman menyertai PBAKL 2026 ...
PBAKL 2026 merupakan pesta buku yang kelapan aku sertai sejak bergelar penulis. Acara yang sangat meriah ini dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM). Ia bermula pada 29 Mei 2026 dan berakhir pada 7 Jun 2026. Untuk PBAKL tahun ini, aku, Fadima Mooneira, telah berkolaborasi dengan dua penerbit buku yang tersohor di Malaysia, iaitu Creative Exclusive Publication dan Love Novel.
Syukur alhamdulillah, kolaborasi bersama kedua penerbit ini merupakan pengalaman yang sangat baik buatku. Pelbagai perkara mengenai dunia penerbitan dan buku dapatku pelajari. Terima kasih atas perkongsian ilmu dan tunjuk ajar yang diberi, Creative Exclusive dan Love Novel. Aku sangat menghargai pengalaman ini. Ia sudah menjadi salah satu memori indah dalam hidupku. Team Creative Exclusive dan Love Novel juga sangat ramah, ceria, dan tidak langsung membuatku merasa asing. Begitu juga dengan bintang-bintang mereka. Semoga kita dapat ketemu lagi untuk pesta-pesta buku yang akan datang.
Selain dapat menjual buku dan berkolaborasi, aku juga berpeluang membina persahabatan dengan beberapa rakan kreatif dan pemain industri. Dan yang paling best, aku dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat karib dan rakan-rakan seperjuangan yang sudah lama tidak ketemu. Alhamdulillah. This book fair is the best I've ever participated in. Aku sangat bersyukur dengan pengalaman ini. Aku juga bersyukur atas rezeki yang aku peroleh semasa PBAKL 2026.
Okey lah, ini sahaja yang ingin aku kongsikan. Jom… kita lihat beberapa gambar yang berjaya ditangkap. Let the pictures do the talking...
Bersama rakan seperjuangan dan novelis Orakel Dewata, Yuda Areni. Thank you for coming, Yuda. You made history by becoming Fadima Mooneira's first customer at PBAKL 2026 ^_^
Thank you for this lovely picca, Yuda. You made me feel like Ana Huang. Hehehe ^_^
Bersama salah seorang rakan seperjuanganku, Tuan Ferry Anugerah Makmur. Tq for your book, Tuan Ferry. And congratulations on winning Anugerah Buku Negara again ^_^
Wah!!! Terharunya dapat jumpa Raden dan anak-anaknya. Dah tiga tahun tak jumpa <3 <3 <3
Terima kasih, Cik Nurul, kerana sudi membawa Yasmeen & Arban pulang ke Singapura.
Wah!!! Rasa gembira sangat dapat berkenalan dengan rakan peminat Lisa Kleypas. Selamat menjelajah ke Fadima Mooneira Universe, Cik Aqila ^_^
Alhamdulillah. Tak sangka dapat jumpa dengan adik angkat masa dekat JPM dulu. Happy dapat jumpa SM balik ^_^
Happy dapat berkenalan dengan Miss Nady. Orang dia nampak cool sangat <3
Hehehe ... sempat pula beramah mesra dengan Fara Hana (bintang Romansa Cinta)
Bersama rakan seperjuangan, Kid Haider. Glad to know that you have a new book too, bro.
With my favorite ladies ~ from left: Azliza Wasnim, Maddy M, and Puan Ninot Aziz <3 <3 <3
Third last day of PBAKL 2026. I'm back after taking 4 days break.
Thank you for bringing home Emilia, Maikal & Yarban, Cik Rauha. Insya-Allah, semoga Meimei kan suka karya-karya saya ^_^
Bersama Nauwar ~ geng buku dari Bitara Ventures
The second last day was the best ever. Terima kasih, TVPPS kerana interview saya dan beri peluang saya masuk podcast anda. You guys are the best ^_^
So happy dapat berkenalan dengan adik Iqmal Izzat yang talented. Insya-Allah, we'll collab in the future. I'm so looking forward to it ^_^
Alhamdulillah, dapat berkenalan dengan novelis yang sangat hot masa kini ~ Puteri Nor. She's a beautiful woman inside and out.
Terima kasih, adik angkatku, Hambali Idrus. Glad your Meet & Greet was a huge success ^_^
With Maisarah ~ novelist of Pengantin Buat Nelayan, Ops! Kata Isteri Rahsia, and many more. We were getting ready for our Meet & Greet ^_^
Wah! Thank you, Kak Long, for presenting me with this Saara & Suri's Author Choice Award. I'm now an award-winning author ^_^ You are the best, Kak Long <3
And the Author of All-Time Award for the Saara & Suri's Choice Awards goes to ...
FADIMA MOONEIRA!!! Omg!
With my idol & big sister ~ Puan Ninot Aziz <3 <3
Alhamdulillah… terharunya dapat jumpa Raffy lagi. We met during SIBF 2024. She bought Fail Merah at that time. And now she returned for Saranghaeyo Namsan and Manchester Epiphany. Thank you for your endless support, Raffy. Your compliment motivates me to do better.
Last sale for PBAKL 2026. Alhamdulillah. Terharu bila Kak Yus (founder of Creative Exclusive) berminat dengan karya saya. Terima kasih, Kak Yus ... for the love, kindness, support, opportunity, and knowledge sharing. May Allah SWT bless you always <3 <3 <3
With Haylainne ~ one of Creative Exclusive's stars ^_^
With illustrator Nin, my very cool new friend. Harap dapat collab dengan awak in the future ^_^
XoXo,
Fadima Mooneira ^_^
(Novelis Manchester Epiphany, Saranghaeyo Namsan & Fail Merah)
#FadimaMooneiraWriter #ManchesterEpiphany #SaranghaeyoNamsan #FailMerah #PBAKL2026 #CreativeExclusivePublication #LoveNovel #WritingCommunity #WritersLife #WritersEvent
Comments
Post a Comment