FADIMA MOONEIRA @ BAZAR BUKU @ TTDI
Eiyoooooo Fadneiras,
Sudah hampir lima bulan kita tidak bertemu di laman ini. Sudah pasti kalian semua tertanya-tanya tentang keadaan dan aktivitiku sekarang, kan? Alhamdulillah, aku sihat sahaja kebelakangan ini. Aku kini sedang sibuk mempromosikan dan menjual karya-karyaku. Aku juga sedang berusaha keras untuk menghasilkan karya keempatku. Jadi, doakan aku dipermudahkan urusan ya. Semoga jualan untuk karya-karyaku yang sudah diterbitkan berjalan dengan lancar dan sentiasa mendapat sambutan yang baik daripada para pembaca. Semoga aku berjaya menerbitkan karya keempatku pada tahun hadapan. Aamiin.
Untuk entri ini, aku ingin mengongsikan pengalamanku menyertai Bazar Buku @ TTDI yang berlangsung dari 23 Oktober (Jumaat) hingga 25 Oktober 2026 (Ahad). Acara buku kecil-kecilan ini diadakan di Pusat Komuniti TTDI. Bazar buku ini dianjurkan oleh Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Untuk acara ini, aku berkolaborasi dengan Love Novel, sebuah syarikat penerbitan yang menerbitkan karya-karya romantis. Ini merupakan kolaborasi keduaku bersama Love Novel. Sebelum ini, aku pernah berkolaborasi dengan Love Novel untuk PBAKL 2026. Syukur alhamdulillah, aku seronok dan suka bekerjasama dengan Love Novel ^_^ Terima kasih, Love Novel, atas peluang yang diberikan. It has been a lovely experience so far. Alhamdulillah ^_^
Selain itu, aku juga mengucapkan terima kasih kepada PKL dan DBKL atas peluang yang diberi. Acara yang dianjurkan ini merupakan satu insiatif yang baik. Ia menggalakkan budaya membaca. Dan aku berdoa dan berharap agar Bazar Buku @ TTDI yang akan datang akan mendapat sambutan yang jauh lebih baik dan meriah. Marilah sama-sama kita menyokong industri buku negara.
Okey, ini sahaja yang ingin aku kongsikan untuk Bazar Buku @ TTDI. Aku bersyukur dengan peluang yang diberi. Sekarang, jom kita lihat beberapa gambar yang berjaya ditangkapku semasa acara sedang berlangsung. Let the pictures do the talking...
.jpg)









Comments
Post a Comment