Eiyo Fadneiras,
Tahun 2024 sudah hampir ke penghujungnya. Bagaimana dengan tahun 2024 kalian semua? Syukur alhamdulillah, tahun 2024 amat bermakna buatku. I'm grateful with my achievements, blessings, and all the life lessons that I've learned this year. Diharapkan kalian semua lebih-lebih lagi ya. Semoga tahun 2024 kita berakhir dengan baik. Dan semoga tahun 2025 kita kan menjadi tahun yang lebih baik. Aamiin.
Pada hujung November lalu, aku telah menyertai Selangor International Book Fair (SIBF) di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam bersama enam orang rakan seperjuangan ~ Amshida Ahmad Rani, Nabun Ahmad, Muzz Ahmad, Sarimah Abu Bakar, Suffiah Muhamad, dan Zaitun Mohd. Razeli. Kami menggelarkan diri kami, Karyawan Mandiri.
Fadima Mooneira @ SIBF 2024
Syukur alhamdulillah, SIBF 2024 berjalan dengan baik dan meriah sekali. Aku bersyukur dengan rezeki yang kudapat. Selain dari hasil jualan yang agak lumayan, aku juga dapat meluaskan lagi networkingku. Padaku, SIBF bukan sekadar acara untuk jualan buku. It was also an event for reunion~ aku dapat berjumpa semula dengan beberapa rakan penulis yang kukenali semasa PBAKL 2023. The event was also a festival for food, arts, and handicraft ~ pelbagai juadah, hasil seni dan kraf tangan dijual di SIBF 2024.
SIBF 2024 merupakan pengalaman yang baik buatku sebagai seorang penulis swaterbit. SIBF 2024 juga telah menjadi salah satu kenangan yang indah buatku untuk tahun 2024 dan sepanjang kerjayaku sebagai seorang penulis. Ribuan terima kasih diucapkan kepada kalian yang datang ke SIBF 2024 dan menyokong kami. Jutaan terima kasih diucapkan kepada kalian yang telah bersinggah ke booth Karyawan Mandiri (S52) dan membeli buku-buku di situ. Hehehe ^_^ You guys are the best! Thank you very much ^_^
Ok'lah, aku tidak mahu bercakap panjang untuk entri ini. Oleh itu, aku akan tinggalkan kalian dengan beberapa gambar yang ditangkap semasa SIBF 2024...
Tadada... Hari pertama aku jaga booth ^_^
Bersama pembeli-pembeli terawal. Terima kasih kerana menyokongku dan rakan-rakan Karyawan Mandiri. Selamat membaca Fail Merah dan Saranghaeyo Namsan ^_^
Bersama novelis terkenal, Nurul Ain Syuhada. We bought each other's books. Glad to have you as a friend, Ain. All the best for your future ^_^
Syukur alhamdulillah, hari kedua jaga booth dapat berkenalan dengan Puan Irni Fazrita Farid (translator Bibliopress). Untuk pengetahuan kalian, Puan Irni lah yang translatekan karya agung~ Jane Austen Pride and Prejudice, dan Sense And Sensibility ke Bahasa Melayu. Puan Irni memang seorang yang hebat. Terima kasih kerana menyokong Saranghaeyo Namsan ^_^
Bersama Adik Aisyah yang sangat sweet. Terima kasih kerana membeli Saranghaeyo Namsan. Wah! Buku sesuai dengan bajulah ^_^
Bersama seorang adik comel. Bonne reading Fail Merah ^_^
Jutaan terima kasih buat Cikgu Naz kerana membeli Fail Merah, Saranghaeyo Namsan, dan hampir kesemua karya di booth Karyawan Mandiri. Semoga Cikgu Naz sentiasa dimurahkan rezeki. Aamiin.
Seperti yang aku katakan, SIBF 2024 juga merupakan food festival. Check out the twister fries I had. Yummy super yummy! ^_^
Syukur alhamdulillah, dapat lagi berjumpa dengan adik Danial yang aku dah kenal masa SCBF 2024 Julai lalu.
Pada hari ketiga, aku bertukar buku dengan Tuan Ferri Anugerah Makmur. Rasa terharu bila penulis lejen hendak bertukar buku dengan kita. Glad to you have you as a new friend, Tuan Ferri. You're an awesome person ^_^
Turut terharu apabila Kak Samila (Booktuber) dan Puan Ninot Aziz of Hikayat Fandom datang melawat Booth Karyawan Mandiri ^_^
Terima kasih, Puan Ninot kerana membeli Saranghaeyo Namsan. I'm touched. Hope you'll enjoy the book. Bonne reading ^_^
Bersama sahabat baru, Izzati Suza. She's a very talented illustrator. Thank you for supporting Saranghaeyo Namsan and Fail Merah. Bonne reading, dear ^_^
Taadaa!!! Hadiah yang sangat berharga daripada Izzati Suza ~ my carricatur! Comel kan?
Hari keempat~ my Mak Lang came. I cried tears of joy. Thank you for your support, Mak Lang. Love you till Jannah always ^_^
Bersama Miss Nilam Tang. Terima kasih kerana memilih Saranghaeyo Namsan.
Selamat membaca ^_^
Bersama Kak Mazuen~ kawan semasa berkhidmat di Karangkraf dulu.
During my younger days, signing autographs was a dream. Syukur alhamdulillah, now it's a reality. Tq for this picture, Kak Mazuen. And thank you for buying Saranghaeyo Namsan ^_^
Bersama superhero Malaya!!!!!!!!
Taadaa!!! Hari terakhir SIBF 2024. Syukur alhamdulillah it was a good day ^_^
Terima kasih kerana menyokong Fail Merah, Adik Alysha. Bonne reading ^_^
Terima kasih kerana menyokongku dan Kak Suffie, Sue Emoqwin of Tokosue.
You rock, babe ^_^
Terima kasih, Zatt of Rembulan Perfect. Semoga enjoy Fail Merah. You're a lovely person ^_^
Bersama rakan Karyawan Mandiriku, Bonda Nabun Ahmad ^_^
Bersama salah seorang rakan Karyawan Mandiriku, Suffiah Ahmad (Kak Suffie)
Okies... ini sahaja daripadaku. Jumpa lagi untuk entri akan datang. Entri akan datang? Umm... aku pun tak tahu bila. Kalau laman ini kelihatan sunyi tanpa entri baru, jangan risau. Singgah sahaja ke blogku,
fadimamooneira.com. Aku aktif di sana ^_^
XoXo,
Fadima Mooneira ^_^
(Novelis Fail Merah & Sarannghaeyo Namsan)
#SelangorInternationalBookFair2024 #SIBF2024 #FadimaMooneiraWriter #FailMerah #SaranghaeyoNamsan #WritersLife #WritersEvent #WritingCommunity #PenulisSwaterbit
Comments
Post a Comment