MEMPERKENALKAN KOMPLOT CERPEN PENULIS PALUAN SENI VOL.3 & EJEN HACKS
Eiyo Fadneiras,
Apa khabar? Sudah lama kan kita tidak ketemu di laman ini? Untuk entri kali ini, aku ingin mengkongsikan satu berita baik. Buku kolaborasi terbaruku, Komplot Cerpen Penulis Paluan Seni Vol.3 (KCPPS 3) sudah keluar dari ketuhar dan kini sudah berada di pasaran. Syukur alhamdulillah. Moh... aku beri sedikit pengenalan mengenai KCPPS 3 kepada kalian...
KCPPS 3 merupakan bukuku yang ke-11. Buku ini mengandungi 21 cerpen daripada 21 orang penulis oh-sem ^_^ Ia diterbitkan oleh Koperasi Penulis Nasional Berhad (Kopena) pada Jun 2024. Penulis otai, Cik Thanusya Shanmuganathan dilantik sebagai mentor dan editor KCPPS 3. Dalam KCPPS 3, aku menggarap cerpen yang bertajuk Ejen Hacks.
Ejen Hacks merupakan sebuah cerpen misteri romantik. Putrajaya dipilih sebagai lokasi utama cerita Ejen Hacks. Ejen Hacks mengisahkan seorang penjawat awam wanita yang berjalan seorang diri pada waktu malam. Wanita itu diserang oleh dua orang samseng. Secara mengejutkan, muncul seorang lelaki berpakaian serba hitam. Lelaki itu menyelamatkan Cik Penjawat Awam dan menggelarkan dirinya Ejen Hacks. Siapakah gerangan sebenar Ejen Hacks? Adakah cerpen Ejen Hacks ini prekuel kepada novel sulungku, Fail Merah? Hehehe... anda perlu membaca Ejen Hacks sekiranya ingin tahu ^_^
KCPPS 3 kini dijual di kedai online saya, Fadneira_On94U. Harga KCPPS 3 ialah RM25.00 senaskhah. Murah sahaja kan? Jadi apa tunggu2 lagi? Grab your KCPPS 3 now and start digging into Ejen Hacks and other short stories. Untuk mendapatkan KCPPS 3, tekan link ini >> KCPPS 3 @ FADNEIRA_ON94U Your support and love is highly needed. And it will be highly appreciated. Thank you ^_^
Okeylah... ini sahaja yang hendak aku kongsikan. Insya-Allah, kita akan ketemu lagi di laman web ini tidak lama lagi. Ada lagi cerita menarik yang hendak aku kongsikan di sini. Jadi jangan ketinggalan ya.
Sekian, terima kasih.
XoXo,
Fadima Mooneira ^_^
(Penulis Ejen Hacks)
#KomplotCerpenPenulisPaluanSeniVol3 #KCPPS3 #EjenHacks #FadimaMooneiraWriter #ThanusyaShanmuganathan #Kopena #BaruTerbit #WritingCommunity #BookCommunity #Bookstagram #Bookstagrammer #Bookstafriends #BookTok
SIMILAR POSTS
Adorei conhecer seu blog, tem muito artigos bem interessantes. baixar story
ReplyDeletepernambuco da sorte