MEMPERKENALKAN KOMPLOT CERPEN PENULIS PALUAN SENI VOL.2 & DANFO


Eiyo Fadneiras,

Apa khabar? Aku ada berita baik nak kongsikan dengan kalian ^_^  Jeng... jeng... jeng...

Buku terbaruku, Komplot Cerpen Penulis Paluan Seni Vol.2 (KCPPS 2) sudah pun keluar dari ketuhar dan sedia untuk digreb. Yay!!! Jadi untuk entri ini, aku akan memperkenalkan KCPPS 2  dan Danfo kepada kalian semua. Moh... kita mulakan dengan introduction KCPPS 2...


MENGENAI KOMPLOT CERPEN PENULIS PALUAN SENI VOL.2

First selfie with the book ^_^

KCPPS 2 diterbitkan oleh Koperasi Penulis Nasional Berhad (Kopena) pada September 2023. Projek buku KCPPS 2 ini dijayakan oleh Encik Khairul Naim sebagai sekretariat dan Puan Norra Hasaan sebagai mentor juga editor. 

KCPPS 2 merupakan sebuah buku koleksi cerita pendek oleh 23 orang penulis termasuklah aku, Fadima Mooneira ^_^ Kesemua cerpen dalam KCPPS 2 terdiri daripada pelbagai genre. Ngehehe... menarikkan? Senarai penulis dan cerpen dalam KCPPS 2 adalah seperti di dalam poster di bawah...

Taadaa!!! Cerita aku no.4. Bermula dari halaman 69 -72 

Aku menganggap KCPPS 2 sebagai bukuku yang ke-8. Ia juga merupakan projek kolaborasiku yang ke-6. Dalam KCPPS 2, aku telah menggarap sebuah cerpen bengenre romantic comedy bertajuk Danfo. Sekarang, aku akan kongsikan sedikit informasi mengenai Danfo kepada kalian..


MENGENAI DANFO

Petikan Danfo ^_^

Danfo mengisah Hana Sakura, seorang pelukis webtoon dan Demian Wong, seorang pelakon terkenal. Hana baru sahaja menempah nama sebagai seorang pelukis webtoon. Webtoon pertamanya bertajuk, Peach Tree. 

Peach Tree mendapat sambutan hangat daripada para penggemar webtoon. Tetapi tidak buat Demian. Demian memberi kutukan pedas terhadap webtoon yang digarap Hana. Kutukan Demian di majalah dalam talian, Animania menimbulkan kemarahan Hana.

Hana berhajat untuk menjejaki Demian. Tetapi ia bukan sesuatu yang mudah buat Hana. Berjayakah Hana menjejaki Demian? Dan berjayakah Hana mengubah pemikiran Demian terhadap Peach Tree? 

Kenapa aku memilih Danfo sebagai tajuk cerpenku ini? Apa sebenarnya maksud Danfo? Ada ke perkataan 'Danfo' di dalam kamus? Ahax! Ramai kawan-kawanku yang bertanya. Oh well, you guys must to read the story if you want to know what Danfo is . Sorry... no spoiler alert here :P

Poster pertamaku yang dilakar oleh pereka grafik, Kopena. Comel kan? Hehehe ^_^

Cerpen Danfo ini diinspirasikan daripada mimpi yang aku dapat semasa tidur lena. Sydney, Australia telah aku pilih sebagai lokasi utama Danfo. Kota yang serba kosmopolit ini merupakan salah satu destinasi percutian kegemaranku. Dua kafe hipster yang terkenal di Sydney iaitu Pablo & Rusty Sydney dan Joe Black Cafe telah aku tampilkan dalam Danfo.

Selain itu, Wilson Cho turut membuat penampilan cameo di dalam Danfo. Wilson merupakan watak utama lelaki dalam cerpenku yang bertajuk Pretty Pink Garden (PPG). PPG ialah cerpen yang aku garap untuk Komplot Cerpen Penulis Paluan Seni Vol. 1 yang diterbitkan pada tahun 2022. Namun, Danfo bukanlah sambungan kepada PPG. Kisahnya berbeza ya ^_^

Cerpen Danfo ini aku anggap sebagai sebuah 'Notting Hill Reverse' kerana ia mengisahkan seorang gadis ordinary dengan seorang jejaka selebriti. 


Ok, ini sahajalah yang aku mahu kongsikan mengenai KCPPS 2 dan Danfo bersama kalian. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli KCPPS 2, bolehlah rujuk poster di bawah. Kalian juga boleh menghantar emel kepada aku di garnet.earthtiger@gmail.com, dan DM aku di Instagram @mughunghwa untuk mendapatkan KCPPS 2.


Segala informasi dan trivia mengenai KCPPS 2 dan Danfo akan aku kongsikan di laman ini, Instagram, Twitter, dan Facebook. Jadi followlah akaun medsos ini rapat-rapat agar kalian tidak ketinggalan.

Sokongan kalian amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Insya-Allah, dalam entri yang akan datang, aku akan mengkongsikan Empat Fakta Menarik Mengenai Danfo di laman ini. Jadi jangan ketinggalan ya. See you again, Fadneiras ^_^

XoXo,

Fadima Mooneira ^_^

(Authorpreneur, Content Creator, Blogger & Illustrator)



#Danfo #FadimaMooneiraWriter #KCPPS2 #KomplotCerpenPenulisPaluanSeniVol2 #PaluanSeni #Kopena #NewReleased #WritingCommunity #BookCommunity #Bookstagram #Bookstagrammer 



SIMILAR POSTS

INTRODUCING KOMPLOT CERPEN PENULIS PALUAN SENI (FADIMA MOONEIRA'S 6TH BOOK)








 


Comments

  1. nice juga storyline Danfo. Catchy betul tajuknya, buatkan pembaca tertanya-tanya apakah maksud tersirat. Keep it up and all the best dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx. Mak tahu maksud tersirat kena baca cerpennya ya 😉

      Delete
  2. Congratulations for your Danfo release, sis! Ala serious no spoiler alert langsung ye! But this is the story yang Nell suka baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe… Kalau Nel suka and curious about Danfo, kenalah beli KCPPS 2. Mon... DM me 😉

      Delete
  3. Your new release and the storyline about Danfo is interesting, i can wait for your next sharing

    ReplyDelete
  4. congrats to you on new release. can't wait to read more about the Danfo about a romantic comedy

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts