Saranghaeyo Namsan @ PBAKL 2024


Eiyo Fadneiras,

Sudah agak lama kan kita tak ketemu di laman ini. Aku ada sahaja di blog, Twitter, Instagram, Facebook, dan TikTok. Kalau kalian terasa sunyi di laman ini, segeralah ke blog atau akaun-akaun medsosku. Sudah banyak perkara-perkara menarik mengenai Saranghaeyo Namsan aku kongsikan di blog dan akaun-akaun medsos.

Untuk pengetahuan kalian, novel keduaku, Saranghaeyo Namsan sudahpun berada di pasaran. Syukur alhamdulillah. Yay ^_^ Sekiranya kalian berminat dengan novel keduaku, boleh dapatkan ia di Fadneira_On94U. Selain Saranghaeyo Namsan, kalian juga boleh dapatkan karya-karyaku yang sebelum ini (seperti novel sulungku, Fail Merah) di kedai online tersebut. 

Sebelum aku kongsikan objektif hari ini, izinkanku mengucapkan terima kasih kepada kalian yang telah membeli dan menyokong karya keduaku. Your support is forever appreciated, guys. Plus, it means the world to me ^_^ 


Kad jemputanku untuk acara Pentas Dunia Buku. Sway With Me To Namsan adalah nama acara yang dipilih ^_^


Pada hari Ahad lepas, 26 Mei 2024, aku telah menyertai Pentas Dunia Buku @ PBAKL 2024. Pentas Dunia Buku merupakan acara talk show yang dikendalikan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan Persatuan Booktube MY. Kesemua peserta diberi satu jam untuk bercerita mengenai buku masing-masing. 

Oleh kerana tiada reruai Mandiri tahun ini, aku menyertai Pentas Dunia Buku untuk mempromosikan Saranghaeyo Namsan. Alhamdulillah. Ia merupakan pengalaman yang baik buatku. I'm forever grateful for this opportunity. Pentas Dunia Buku gave me the oppurtunity to talk and share about Saranghaeyo Namsan to the public. Thank you MBKM and Booktube MY. Selain itu, aku turut mengucapkan terima kasih kepada Norsamila Samsudin (a.k.a Kak Lala) for being an awesome moderator. You made my show lively babe. Also thanks to my mom and editor, Jikarty Hasry for joining me on stage. You're always awesome, Mom. I enjoyed being on stage with you and I learned a lot from you. Last but not least, I want to say thank you to my Dad for supporting me (you're the best, Dad), my friends, and those who watched the show. Tak kiralah sama ada kalian tengok live at WTCKL atau di Booktube MY FB Live ~ terima kasih banyak-banyak atas sokongan. Semoga kalian dimurahkan rezeki. XoXo.

Ok'lah, ini sahaja yang ingin aku kongsikan. Aku akan tinggalkan kalian dengan beberapa gambar kenangan indah semasa Pentas Dunia Buku @ PBAKL 2024 pada Ahad lepas. Semoga terhibur ^_^

PS: Kepada kalian yang berminat untuk membeli Saranghaeyo Namsan, sekarang tengah ada RM5.00 diskaun sempena PBAKL 2024. Jadi jangan lepaskan peluang emas ini. Klik sahaja link ini>> SARANGHAEYO NAMSAN @ FADNEIRA_ON94U Kalian juga boleh dapatkan karya-karyaku yang terdahulu di kedai online yang sama dengan RM5.00 diskaun. Jadi apa tunggu-tunggu lagi. Promotion sales tamat pada Ahad ini, 2 Jun 2024. Thank you in advance ^_^


My backdrop ^_^


With my book and backdrop before the show. All pinky, baby ^_^


And so... the show begins...


Secara jujurnya, aku bukannya ada banyak pengalaman naik pentas untuk bercakap. Jadi acara ini has challenged me to the next level. Thank you for this lovely picture, Booktube MY ^_^


Being interviewed by Kak Lala 



Thank you for coming, Kid Haidér and Azliza Wasnim. Terharu sangat <3 <3


You're really good at surprising me, Az. Diam-diam sahaja you datang ^_^


Bersama rakan-rakan seperjuangan~ Encik Haizan dan Kid Haidér. This is a Mandiri 2023 reunion. Umm... we should throw a reunion party one day, guys ^_^



Ok'lah. Ini sahaja. Terima kasih kerana sudi membaca. See you guys again in my next post. Khungang hasaeyo ^_^

XoXo,

Fadima Mooneira ^_^
(Novelis Saranghaeyo Namsan)




#PentasDuniaBuku #PBAKL2024 #KLIBF2024 #MajlisBukuKebangsaanMalaysia #MBKM #BooktubeMY #DewanMerdeka #WTCKL #SaranghaeyoNamsan #FadimaMooneiraWriter #NorsamilaSamsudin #NewAdultRomance #RomanticComedy #SliceOfLife #Josei #NovelMelayu #NovelCinta #NovelIndie #PenulisMalaysia #BaruTerbit 





ALL THINGS SARANGHAEYO NAMSAN













Comments

  1. Always enjoyed my read of your detailed book review sharing here. Thanks for sharing this Fadima . Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome. But this is not a book review ya. It's about my experience participating in the Pentas Dunia Buku @ PBAKL.

      Delete
  2. Beautiful covers, unfortunately I don't understand but many congrats on the new novel..

    ReplyDelete
  3. Congratulations on the new book! The cover is lovely, very eye catching.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts