MEMPERKENALKAN SARANGHAEYO NAMSAN (NOVEL KEDUA FADIMA MOONEIRA)



Salam Eid Mubarak Fadneiras and friends,

Apa khabar semua? Macam mana raya? Seronok ke? Dah balik kerja ataupun masih bercuti? Ngehehe :P Apa-apapun aku doakan kalian semua bahagia, sihat dan sentiasa berada di bawah perlindungan-Nya. 

Hari ini, aku ada satu berita baik untuk dikongsikan dengan kalian semua. Yeah!!! Saat yang dinantikan sudah tiba. Seperti yang dijanjikan, aku akan memperkenalkan Saranghaeyo Namsan kepada kalian. Ya, Saranghaeyo Namsan ialah novel keduaku selepas Fail Merah. Ia juga merupakan produk/buku ketiga yang diterbitkan oleh Fadneira Imaginative Empire. Overall, Saranghaeyo Namsan ialah buku kesepuluhku. Selain novel, aku juga sudah menulis satu buku solo, satu zine, dan enam buku kolaborasi.

Saranghaeyo Namsan merupakan sebuah novel bergenre new adult romance, romantic comedy, slice-of-life, dan josei. Ia mengisahkan seorang gadis bernama Maya Juhara, yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis novel bergenre historical romance. Surat yang bertarikh 1912 telah memberi ilham kepada Maya untuk menggarap novel pertamanya.

Maya turut berhijrah ke Seoul, Korea Selatan untuk menambahkan lagi ilhamnya. Di Seoul, Maya bekerja sebagai seorang assistant librarian di sebuah kafe perpustakaan bernama Saranghaeyo Namsan. Di kafe perpustakaan tersebut, Maya berkenalan dengan seorang pemuda Korean-Muslim bernama Haikal Kim Eun Seop. Haikal Kim juga merupakan majikan Maya.

Pada awal perkenalan, Maya tidak suka pada Haikal. Poyo bertingkat! Itulah first impression Maya terhadap Haikal. Tetapi setelah lama berkawan, Maya mula mengenali hati budi Haikal dan wujud perasaan cinta antara mereka.


Taadaa!!! Check out the cover. This cover is designed by Dawid Enoch~ graphic designer yang sama design cover Fail Merah (Dawid Enoch's TikTok @dawidenoch)

Saranghaeyo Namsan bakal diterbitkan pada 16 Mei 2024. Novel ini telah didaftar sebagai hak cipta terpelihara dan ia sudahpun berada dalam ketuhar. Saranghaeyo Namsan akan dijual dengan harga RM35.00 senaskhah. Novel ini diedit dan diproofread oleh bondaku, Ji Karty Hasry. Kulitnya pula dilukis dengan cantik oleh Dawid Enoch, seorang digital illustrator dari Melawati.

Saranghaeyo Namsan mempunyai vibes yang berbeza berbanding dengan novel sulungku, Fail Merah. Ia merupakan kisah cinta yang feel-good dan healing. Jalan ceritanya pula ringan dan menghiburkan. This novel is going to be a fast, easy, and relaxing read, guys. 


The tropes and all the feel-good things you can get in Saranghaeyo Namsan ^_^


Karya evergreen Jane Austen, Pride And Prejudice dan webtoon popular, Business Proposal menjadi inspirasi utamaku untuk Saranghaeyo Namsan. Tropes yang aku gunakan untuk Saranghaeyo Namsan ialah the cute-meet-cute, enemies to lovers, destiny, dan love triangle. Kuala Lumpur dan Seoul menjadi lokasi utama kisah cinta Maya Juhara dan Haikal Kim. Last but not least, this novel is geared towards bookworms, foodies, music lovers, fashionistas, K-dramas & rom-com addicts, and those who love light reading.

Okey lah, ini sahaja yang aku hendak kongsikan. Insya-Allah, aku akan kongsikan lagi perkara-perkara menarik mengenai Saranghaeyo Namsan dalam entri-entri yang akan datang. Jadi ikutlah author's page ini dan akaun-akaun medsosku ~ Blog, Twitter, Instagram, Facebook, TikTok rapat-rapat agar kalian tidak terlepas sebarang update. Hehehe ^_^

And last but not least, aku kongsikan blurb Saranghaeyo Namsan untuk kalian baca. Enjoy. Semoga adventure Maya menjadi adventure kalian juga ^_^...




“Wow … what an unexpected discoveryLooks like I found my inspiration at last.”

 

Maya Juhara bercita-cita menjadi seorang novelis historical romance seperti idolanya, Jane Austen dan Lisa Kleypas. Sayangnya, Maya ketandusan ilham.

 

Suatu hari di Pasar Filipina KK, Maya terjumpa ilhamnya. Botol kaca antik berwarna biru mengandungi surat cinta bertarikh 1912 daripada Kim Seung Yoo kepada Siti Nurmariah. Daebak! Kisah cinta jejaka Korea dengan gadis Melayu!

 

Ini membawa Maya ke Seoul selama lapan bulan. Untuk membiayai dirinya di Seoul, Maya bekerja sebagai assistant librarian di sebuah Kafe Perpustakaan Saranghaeyo Namsan. Di sinilah Maya berkenalan dengan Haikal Kim Eun Seop, seorang Korean-Muslim, pemilik Kafe Perpustakaan Saranghaeyo Namsan.

 

“Why don’t you model the male lead after me? I think it will help you solve your writer’s block. And it will surely make your book sell like hotcakes.” -Haikal Kim Eun Seop

 

Poyo bertingkat! Itulah first impression Maya terhadap Haikal. Tetapi setelah lama berkenalan, perasaan Maya terhadap Haikal mula berubah 360 darjah. Malah mereka saling menyukai dalam diam-diam.

 

Lapan bulan berlalu. Maya pulang ke tanah air. Walaupun gembira dengan manuskrip yang berjaya dihasilkannya, hati Maya tetap terasa berat untuk pulang. 

 

Seminggu kemudian, Haikal terbang ke Kuala Lumpur untuk menjejaki Maya. Dan Haikal dapati ada satu kejutan menantinya di Kuala Lumpur. Crush lama Maya, Ungku Shazreza kembali dalam hidupnya. Haikal kini mempunyai seorang pesaing.

 

Maya keliru dan dia juga marah kepada kedua-dua jejaka. Ungku Shazreza pernah memberi Maya harapan palsu satu ketika. Haikal pula mengambil masa telalu lama untuk meluahkan perasaannya.

 

“Keputusan tu… Maya buatlah sendiri ya. Ibu tak nak influence Maya. Tetapi secara jujurnya… Ibu tak berminatlah nak menantukan Sharnaz Ahmad look-alike. Ibu suka Ahn Hyo Seop look-alike, kalau tak Sehun pun.”– Prof. Meriam.

 

Apakah keputusan Maya? Dan dapatkah Maya Juhara kenali erti cinta sebenar?





XoXo,


Fadima Mooneira ^_^


(A sigma female who writes swoon-worthy romance)




#SaranghaeyoNamsan #FadimaMooneiraWriter #FadneiraImaginativeEmpire #NewAdultRomance #RomanticComedy #SliceOfLife #Josei #NovelCinta #NovelMelayu #NovelIndie #NovelHipster #BakalTerbit #KaryaFadimaMooneira #FadimaMooneiraBook #FadimaMooneiraDotCom #FMooneirasBookshelf










Comments

  1. Congratulations on the publication of your second novel! Jalan cerita nampak menarik and good to know it's a relaxing and feel-good read. Tak sabar nak membacanya! 💖

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for your forever support, Madihah.

      Ha'ah, it's a relaxing and fell-good rom-com. Nothing intense in the story. Lepas tulis Fail Merah otak I terasa berat nak tulis cerita yg intense. So I'm taking a break from writing intense stories.

      Delete
  2. Unfortunately, O don't understand anything but many congrats on the new book...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...most post of this website are in Bahasa Malaysia. I will share on my blog in English soon. Thank you for your interest.

      Delete
  3. Wow...I love this in pink book cover of your new novel published, congratulations to you. Saranghaeyo Namsan surely a good read for many. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah. Aamiin 🤲🤲🤲 Sienny pun check it out lah nanti ye 😉

      Delete
  4. Congrats on your second novel, its a good read and i love the cover too

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts