EMPAT FAKTA MENARIK MENGENAI DANFO


Eiyo Fadneiras,

I'm back so soon. Hehehe ^_^ Dalam entri dua hari lepas, aku telah memperkenalkan buku terbaruku, Komplot Cerpen Penulis Paluan Seni Vol.2 (KCPPS 2) kepada kalian. Untuk entri kali ini, aku akan mengkongsikan Empat Fakta Menarik Mengenai Danfo (cerpen yang digarapku dalam KCPPS 2). Moh... kita mulakan entri ini dengan blurb Danfo...


BLURB DANFO

Salah satu poster promosiku untuk KCPPS 2 & Danfo

Cerpen ini bergenre romantic comedy. Danfo dianggapku sebagai cerpen 'Notting Hill Reverse' kerana ia mengisahkan seorang gadis ordinary dengan seorang jejaka selebriti.

Hana Sakura (watak utama wanita) baru sahaja menempah nama sebagai seorang pelukis webtoon. Webtoon pertamanya berjudul Peach Tree. Peach Tree mendapat sambutan hangat daripada para penggemar webtoon. Ia dinobatkan sebagai webtoon yang paling hot buat masa kini.

Demian Wong (watak utama lelaki) merupakan seorang pelakon muda berdarah Malaysian-Australian yang kini terkenal di Hollywood dan industri hiburan Australia. Yep, he's one of the hottest Asian hunks that oozing the entertainment industry now. Ahax!

My fan art of Hana Sakura & Demian Wong (Image: My Artstagram @fmooneira_art)

Demian tidak gemarkan webtoon Peach Tree. Pelakon kacak itu turut memberi kritikan pedas terhadap webtoon yang digarap Hana Sakura.

Apa yang dikatakan oleh Demian mengenai webtoon Peach Tree di dalam majalah atas talian, Animania menimbulkan kemarahan Hana. Hana langsung tidak berpuas hati dengan Demian lalu berhajat untuk menjejaki pelakon tersebut.

Namun, menjejaki seorang selebriti bukan sesuatu yang mudah buat Hana. Berjayakah Hana menjejaki Demian Wong? Dapatkah Hana mengubah persepsi Demian terhadap karyanya? Dan apakah motif Demian Wong memberi kritikan pedas terhadap Peach Tree?


EMPAT FAKTA MENARIK MENGENAI DANFO

#1 CERPEN INI DIILHAMKAN DARI SEBUAH MIMPI


Untuk pengetahuan kalian, cerpen Danfo digarap semasa aku sedang mengusahakan novel sulungku, Fail Merah. Pada awalnya, aku tiada pun hajat untuk menyertai project KCPPS 2 kerana mahu meletakkan fokus kepada Fail Merah.

Tetapi pada satu malam, aku telah mendapat satu mimpi. Dalam mimpi itu, aku bertemu dengan salah seorang selebriti crushku, Remy Hii :P Dan dalam mimpi itu, Remy memberi kritikan pedas terhadap novel sulungku, Fail Merah. Sungguh aku marah padanya. Namun, mimpi itu berakhir dengan baik dan ia memberi aku ilham untuk menggarap sebuah cerita. Hehehe ^_^

Bangun sahaja dari tidur, aku menerima pesanan WhatsApp di grup Kopena. Encik Khairul Naim, CEO Kopena dan juga sekretariat projek KCPPS memaklumkan bahawa masih ada tempat kosong untuk KCPPS 2. Aku segera memberitahu Encik Khairul Naim bahawa aku berminat untuk menyertai projek ini. And the rest was history...


#2 REMY HII MENJADI INSPIRASIKU UNTUK WATAK DEMIAN WONG

My inspiration for Demian Wong ~ Remy Hii (Image: Cosmopolitan Russia)

Pelakon Malaysian-Australian, Remy Hii lagi sekali menjadi inspirasiku untuk mereka watak. Semasa menulis Fail Merah, aku telah menjadikan Remy sebagai inspirasiku untuk watak Emil Muhayat. Dalam Danfo, aku menjadikan Remy sebagai inspirasiku untuk Demian Wong pula :P

Well, what to do? The dream I had was with Remy. I just can't imagine anyone else as Demian lol. Tetapi rupa Demian aku ubah sedikit terutama warna matanya. Demian bermata hazel-brown manakala Remy Hii pula bermata dark-brown.


#3 SYDNEY, AUSTRALIA DIPILIH SEBAGAI LOKASI UTAMA DANFO


Sydney merupakan salah satu destinasi percutian kegemaranku. Padaku, kota kosmopolit di negara Kangaroo ini sangat menarik untuk dijadikan lokasi utama dalam sesebuah karya. Sebab itulah aku memilih Sydney untuk Danfo. Sydney juga menawarkan para pelancong pelbagai tempat menarik untuk dilawati. Dua kafe hipster yang terkenal di Sydney iaitu, Pablo & Rusty Sydney dan Joe Black turut aku tampilkan dalam Danfo.


#4 PENAMPILAN CAMEO DARIPADA WILSON CHO

My character art of Wilson Cho (Image: My Artstagram @fmooneira_art)

Wilson Cho ialah watak utama lelaki dalam cerpenku yang berjudul Pretty Pink Garden (PPG). PPG ialah cerpen yang aku garap untuk Komplot Cerpen Penulis Paluan Seni Vol.1 (KCPPS 1) yang diterbitkan pada tahun 2022. Wilson merupakan seorang usahawan kafe dan kedai bunga. Wilson kini menuntut di Sydney dan mempunyai hajat untuk memajukan perniagaannya. Dalam Danfo, aku tampilkan Wilson sebagai sahabat baik Hana Sakura. 

Untuk pengetahuan kalian, Danfo bukan sambungan kepada PPG. Ia juga bukan spin-off kepada PPG. Kisahnya berbeza.



Ok'lah, ini sahaja empat fakta menarik yang aku ingin kongsikan bersama kalian. Diharapakan entri aku ini dapat menarik minat kalian semua terhadap Danfo dan KCPPS 2 ^_^

Kepada kalian yang masih tertanya akan maksud 'Danfo', lagi sekali aku mengingatkan bahawa I'm not going to share any spoilers here. Sorry, guys :P Kalau kalian betul-betul berminat untuk tahu, aku sarankan kalian belilah KCPPS 2 dan baca Danfo. Harga senaskhah KCPPS 2 bukannya mahal pun. Hanya RM28.00 sahaja untuk seluruh Malaysia. Hanya itu sahaja cara untuk kalian membongkar maksud 'Danfo'. Hehehe ^_^

Kepada kalian yang berminat untuk mendapatkan KCPPS 2, silalah rujuk poster di bawah. Kalian juga boleh menghantar emel kepadaku di garnet.earthtiger@gmail.com atau DM aku di Instagram @mughunghwa untuk mendapatkan KCPPS 2. 


Kalian juga boleh rujuk entri aku yang sebelum ini untuk maklumat mengenai KCPPS 2 >> MEMPERKENALKAN KOMPLOT CERPEN PENULIS PALUAN SENI VOL.2 & DANFO

Baiklah, ini sahaja daripada aku. Jumpa kalian lagi di blog aku, Fadima Mooneira. Bonne weekend ^_^

XoXo,

Fadima Mooneira ^_^

(Authorpreneur, Content Creator, Blogger & Illustrator)



#EmpatFaktaMenarikMengenaiDanfo #Danfo #FadimaMooneiraWriter #KCPPS2 #KomplotCerpenPenulisPaluanSeniVol2 #PaluanSeni #Kopena #NewReleased #WritingCommunity #BookCommunity #Bookstagram #Bookstagrammer


Comments

  1. Tengok lagi lukisan Demian masih lagi ingat kat Jimin BTS hehehe....oh patutlah reverse ya sebab dalam Notting Hill Julia Roberts yang celebrity. Lelaki tu cuma ada kedai buku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe… rasanya boley fan cast Jimin BTS as Demian lah pasnie. Yeah, in Danfo Demian is the celebrity. HANA is a webtoon artist yg baru nak up.

      Delete
  2. Macam suspense and interesting jer Danfo ni, will try to find out more

    ReplyDelete
    Replies
    1. DM me if you’re interested in the book, Kelly. Nak tahu kena baca ceritanya.

      Delete
  3. Thanks so much for sharing this about Danfo, it's interesting to read more kan about celebrity ni. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts