FADIMA MOONEIRA @ SIBF 2025
Eiyo Fadneiras,
Sudah lama sangat kan kita tidak ketemu di author's page ini? Tahun pun sudah berganti baru. Fuh... tidakku sangka. Masa cepat berlalu. Sedar tak sedar, sudah tahun 2026 kita. Aku berharap tahun 2025 kalian semua berlalu dengan baik. Semoga tahun 2026 kan menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua. Aamiin.
Pada hujung bulan November dan awal Disember 2025, aku, Fadima Mooneira sekali lagi menyertai Selangor International Book Fair (SIBF) 2025 bersama rakan-rakan Karyawan Mandiri ~ Amshida Ahmad Rani, Nabun Ahmad, Ts. Dr. Zulkifli Mohd. Sidi, Norden Mohamed, Muzz Ahmad, Mak Chantek, dan Hanna Sophia Hanafi. Jadi untuk entri ini, aku ingin mengkongsikan pengalamanku menyertai SIBF 2025 bersama kalian semua.
Pesta buku yang sangat meriah ini diadakan di Pusat Konvensyen Setia City (Dewan 1 & 2), Shah Alam. SIBF 2025 bermula pada 28 November 2025 dan berakhir pada 7 Disember 2025.
Sebagai seorang novelis dan authorpreneur, aku bersyukur kerana telah diberi peluang sekali lagi untuk menyertai SIBF. Pesta Buku Antarabangsa Selangor ini amat meriah sekali. Selain daripada berpeluang menonjolkan diri, mempromosi dan menjual karya, aku juga dapat meluaskan lagi networkingku dalam industri buku, dan berjumpa semula dengan sahabat-sahabat handaiku yang sudah lama tidak ketemu (wow!!! I'm so happy to see you all again ^_^).
Menyertai SIBF 2025 juga memberiku banyak idea baru untuk mempromosikan karya-karyaku di masa akan datang. Wow!!! Just like Haikal Kim says, "there are so many creative ways to promote books and your creative works to the world." Yes, what I observed at the book fair said so. Syukur alhamdulillah. Yay!!!
Okies, ini sahaja yang ingin aku kongsikan bersama kalian mengenai pengalamanku menyertai SIBF 2025. Ia bukan sekadar pencapaian, tetapi ia juga merupakan satu kesyukuran dan pengalaman yang indah buatku. Insya-Allah, semoga aku dapat menyertai banyak lagi pesta-pesta buku pada tahun ini dan masa akan datang. Aku kini sedang dalam proses untuk menghasilkan karya ketigaku. Doakan semoga urusanku dipermudahkan ya. Semoga aku kan berjaya menerbitkan novel ketigaku pada tahun ini. Semoga aku dapat menyertai lagi pesta-pesta buku dan bertemu kalian semua. Aamiin.
Ok'lah, aku akan tinggalkan kalian semua dengan gambar-gambar yang ditangkap semasa SIBF 2025. Biarkan gambar yang bercerita ya. Hehehe ^_^
XoXo,
Fadima Mooneira ^_^
(Novelis Fail Merah & Saranghaeyo Namsan)























.png)
Comments
Post a Comment