FAIL MERAH SPECIAL: EMIL AND DAHLIA'S BONUS SCENE



Eiyo Fadneiras,

Apa khabar kalian semua? Sudah lama aku tidak post entri di laman ini ya. Tetapi aku ada sahaja di fadimamooneira.com ^_^

Sebelum aku mengkongsikan objektif entri ini, aku ingin memaklumkan kepada kalian semua bahawa novel Fail Merah yang harga asalnya RM29.00 kini dijual dalam harga RM24.00 senaskah. Sempena Merdeka dan Hari Malaysia yang bakal menjelma, aku bersama Cik Maddy, pengusaha SM Books And Collectibles telah bercadang untuk mengadakan promosi FAIL MERAH RED HOT SALES. Promosi untuk novel Fail Merah telah bermula pada Ahad lalu, 20 Ogos 2023. Ia akan berlangsung sehingga 20 September 2023. 

Kepada kalian yang belum lagi membeli Fail Merah tetapi teringin sangat nak dapatkan ia, segeralah ke laman Shopee SM Books And Collectibles. Ayuh! Dapatkan Fail Merah semasa ia dijual dengan RM5.00 diskaun. Tekan link ini >> FAIL MERAH RED HOT SALES @ SM BOOKS & COLLECTIBLES

Ok, jom kita kembali ke objektif tadi. Aku sebenarnya ingin mengkongsikan scene bonus Emil dan Dahlia. Scene ini asalanya wujud dalam draf pertama Fail Merah. Tetapi memandangkan manuskirp Fail Merah terlalu panjang, aku dinasihatkan oleh Puan Editor untuk membuang beberapa scene yang tiada kena mengena dengan matlamat watak utama.

Namun, selepas membuang scene ini, aku terasa menyesal. Scene ini sangat manis dan romantis bagiku. Ia sebenarnya salah satu scene favorite aku dalam Fail Merah. Jadi aku mengkongsikan ia di sini. Selamat membaca lewah...

XoXo,

Fadima Mooneira ^_^

(Novelis Fail Merah)



Ring… ring… ring… Semasa Dahlia sedang tekun membuat kerja, telefon pejabatnya berdering. Dahlia segera menjawap panggilan.

 

“Salam Puan Dahlia, saya Sapna. Saya nak beritahu… ada parcel menanti Puan di resepsi,” kata wanita yang menggelarkan dirinya Sapna.

 

“Okey, Cik Sapna. Terima kasih beritahu. Saya ke resepsi sekarang.” Dahlia terus meletakkan telefon ke tempat asal dan bergegas ke resepsi. Pohon taman hatinya berbunga-bunga. Dahlia teruja dengan kejutan yang menantinya. Dia pasti ia daripada Encik Suami tercinta.

 

Sampai sahaja di resepsi, Sapna menghulurkan jambangan bunga tulips berwarna oren dan kuning kepada Dahlia. Kata Sapna jambangan bunga tulips ini dihantar pekerja Noramah Florist & Gifts.

 

Dengar sahaja nama Noramah Florist & Gifts, Dahlia yakin jambangan yang dipegangnya kini dihadiahkan oleh Emil Muhayat. Di atas jambangan bunga itu terdapat sekeping kad yang ucapanya berbunyi…

 

Happy Birthday to my beautiful and lovely wife, Dahlia Jamilah.

 

Every moment with you is like a fairytale. I love you till Jannah, Cinta.

 

HACKS,

Emil Muhayat

 

 

Dahlia tersenyum membaca kad ucapan. Wanita jelita itu langsung tidak perasan akan kehadiran Sapna yang masih berdiri di hadapannya. Sapna juga tersenyum melihat gelagat Dahlia. Untunglah dia… ada suami romantik dan penyayang, omel Sapna.


Image: flowerbox.co.uk

 

Gabungan warna oren dan kuning kelihatan sangat menarik dan cerah. Bunga tulips berwarna kuning bermaksud ceria, manakala warna oren pula bermaksud semangat. Gabungan warna kuning dan oren sangat sesuai untuk hadiah hari jadi. Pandai Emil memilih.

 

Sampai sahaja  di bilik, Dahlia terus mencapai telefon pintar dan menangkap gambar selfie bersama jambangan bunga tulips kuning dan oren. Dahlia menghantar gambar yang baru ditangkap kepada suami yang sangat dicintainya melalui WhatsApp.

 

Dahlia: Thank you, Abang for the birthday surpriseI love it a lot.

 

Gambar tadi disertakan dengan kepsyen yang berbunga-bunga cinta. Pesanannya disekalikan dengan emoji smiley bermata hati berderet-deret. Dahlia menekan butang ‘hantar’ setelah selesai menaip pesanan. Tidak sampai tiga minit pesanannya tadi dibalas Emil.

 

Emil: You are welcome, Cinta. Itu baru permulaan sahaja. Ada banyak lagi kejutan tau menanti di rumah.

 

Emil membalas pesanan WhatsApp Dahlia dengan meletakkan emoji ‘kiss’ sebanyak 10 kali. Amboi…romantis sungguh.

 

Dahlia: Ada lagi kejutan? Berapa banyak kali Cinta perlu terkejut hari ini?

 

Dahlia menggaru kepala yang tidak gatal. Apa lagi kejutan yang bakal dia terima daripada Encik Suami? Dahlia tertanya-tanya. Sekarang baru Dahlia tahu kenapa Emil bercuti semalam dan hari ini. Sudah pasti Emil telah merancang untuk membuat kejutan istimewa pada Dahlia.


Emil: Yep. There are more surprises waiting for you at home. So make sure you come home early today.

 

Emil sempat berpesan kepada isterinya.

 

Dahlia: Insya-Allah, I will return home early today. Please pray Mr. Big Boss won’t give me last minute work and the traffic will be ok this afternoon. Take care.

 

Emil: Insya-Allah. Aamiin. I’m excited to see you this afternoon. Take careCinta. Kiss… kiss… kiss…

 

Emil lagi sekali menyertakan emoji ‘kiss’ bersama pesanan terakhirnya. Hati Dahlia dibanjiri bunga-bunga cinta. Amboi… mungkin main lovey-dovey pasangan muda berbalas WhatsApp.

 

Selepas membaca WhatsApp Emil, Dahlia segera menyambung kerjanya. Dia berhajat untuk pulang awal hari ini. Maka Dahlia perlu menyiapkan kerjanya awal.

 

 

Image: My Artstagram @fmooneira_art


Dahlia sampai di rumah pada jam 5.30 petang. Alhamdulillah, dia dapat pulang awal hari ini.

 

Semasa sedang memasukkan kunci ke dalam tombol pintu, Dahlia dapat menghidu aroma tomato yang datang dari dapur. Dahlia pasti aroma yang dihidunya ialah masakan Emil.

 

“Abang… I’m home,” kata Dahlia selepas membuka pintu.

 

“Meeeeeeeoooooow…” Muffy berlari menyambut Dahlia di depan pintu.


Emil pula masih sibuk di dapur. Apalah agaknya yang dimasak oleh Emil? Beria sungguh dia hendak menyambut hari jadi isteri kesayangan.

 

Muffy… Mummy is happy to see you. Where’s Daddy?” Dahlia mendokong kucing British Shorthair yang gebu dan manja itu.  

 

Dahlia masuk ke dapur. Emil kelihatan sedang sibuk memasak. Nampak sahaja Dahlia, Emil terus menyambut isterinya.

 

“Hai, Cinta… Abang tengah masak ni. Jalan jam ke tadi?” Emil bertanya kepada isterinya.

 

“Jem sikit. Sebaik Cinta keluar awal tadi,” jawab Dahlia. “Abang masak apa?” Dahlia memanjangkan leher. “Dari luar dah berbau,” sambungnya.

 

“Abang tengah buat sos napolitana. Cinta punya favorite.” Emil mencuit hidung kecil Dahlia. Dahlia ketawa kecil.

 

“Cinta… can you do me one more favor?” tanya Emil.

 

            “Boleh sahaja. Abang nak Cinta bantu ke?” Dahlia sentiasa bersedia untuk membantu Emil.

 

Nope. Not that one.” Emil menggelengkan kepala. Dahlia hairan. “Cinta pergilah buka peti sejuk tu,” beritahu Emil dengan wajah yang polos.

 

Huh… buka peti sejuk? Dahlia bertambah hairan. Namun dia turuti sahaja permintaan sang suami.

 

Wajah cantik Dahlia bertambah bersinar-sinar apabila ternampak sebuah burnt cheesecake yang bersaiz sederhana di dalam peti sejuk jenama Smeg. Cheesecake itu juga dihiasi dengan kepingan gula-gula Hacks di atasnya.

 

“Wow! Ini kek hari jadi Cinta ke?” Dahlia teruja. Dia memang gemarkan burnt cheesecake.

 

Yep… it’s your birthday cake.” Emil Muhayat mendekati isterinya yang masih berdiri di depan peti besar berhawa dingin. “Abang buat pagi tadi tau. Abang minta resipi daripada bonda.” Emil mendakap tubuh kecil Dahlia dari belakang. Dia turut menghadiahkan ciuman ke pipi isterinya. Dahlia terbuai dek perbuatan Emil.

 

“Terima kasih, Abang. I love it so much. HACKS.” Dahlia meleraikan pelukan. Dia memusingkan tubuh menghadap Emil. Ciuman dihadiahkan ke pipi suami tercinta. Mata kucingnya juga turut dikenyitkan. Hati Emil berbunga-bunga cinta.

 

“HACKS. You are most welcome. Tapi Abang baru first time buat burnt cheesecake tau. Kalau tak sedap, Abang minta maaf awal-awal ya,” beritahu Emil dengan senyuman.


I’m sure it’s good, Abang. You put a lot of love and afford to it.” Dahlia gembira dengan kejutan yang dibuat oleh Emil.


Dahlia meminta diri untuk menunaikan solat Asar. Dahlia belum sempat solat Asar lagi kerana dia keluar awal tadi. Selepas solat Asra, Dahlia membersihkan diri.


Walaupun Dahlia hanya menyambut hari jadi di rumah, wanita itu tetap mengenakan pakaian yang cantik untuk suaminya. Emil sepanjang hari telah bertungkus lumus membuat kejutan dan persiapan untuk sambutan hari jadi Dahlia. Maka Dahlia perlulah menunjukkan penghargaannya kepada Emil dengan mengenakan pakaian yang cantik.


Dahlia mengenakan dress santai paras lutut berwarna merah jambu lembut. Rambut hitamnya disikat kemas. Wajahnya yang cantik semula jadi hanya disapukan dengan krim pelembab. Bibir munggilnya pula disapu lip gloss berwarna merah jambu cair. Penampilannya sederhana tetapi tetap nampak cantik bak bidadari.


Setelah siap melaram, Dahlia keluar ke ruang tamu. Baru sahaja Dahlia membuka pintu bilik, langkahnya terhenti.


Image: My Artstagram @fmooneira_art


“Hah!... Abang… apa yang Abang pakai ni?” Dahlia terkejut melihat suaminya yang tadi hanya berbaju-T dan berseluar pendek kini memakai kostum burung kuning.


“Hai Cinta… Abang jadi Tweety Bird. Crush pertama Cinta.” Emil mengenyitkan mata kanan. Senyuman pencair hati turut dihadiahkan.


Emil mendepakan kedua belah lengannya. Eh… lengan? Bukan lenganlah. Tapi kedua belah kepak kuning yang comel.


Dahlia ketawa kecil dengan gelagat comel Emil sambil berjalan ke arahnya. Ada-ada sahajalah Emil nak terkejutkan Dahlia.


Emil mendakap Dahlia dengan kedua belah kepak kuningnya. Dahlia pula membalas yang seadanya.


“Kenapa Abang pakai kostum Tweet Bird ni?” tanya Dahlia dengan nada ketawa.


“Saja. Just to make the woman I love feel special,” jawab Emil sambil mengamati wajah Dahlia.


So sweet lah, Abang. I’m so lucky to have you.” Dahlia menghadiahkan ciuman pada pipi Emil. Tetapi bibir Emil hinggap ke bibirnya dahulu. Dahlia benar-benar tidak sangka Emil akan melakukan kejutan kepadanya begitu manis dan romantis sekali.


Sungguh Dahlia bahagia menjadi isteri Emil Muhayat. Lelaki itu setiap hari mencurahkan cinta dan kasih sayangnya tanpa jemu.





#FailMerah #NewAdultRomance #FadimaMooneiraWriter #FMSpecial #FMBonusScene #SwoonWorthy #SteamyRomance #AlpaMaleHero #StrongHeroine #NovelHipster #NovelIndie #NovelCinta #NovelMelayu

Comments

  1. Aww sayangnya kena remove this part from the novel! Anyway good luck with the launch!

    ReplyDelete
  2. thanks for the scene bonus of Emil dan Dahlia. the story is well written

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for your compliment, Rene. You just made my day 😍😍😍😍😍😍😍😍😍

      Delete

  3. Oh no, it's a bit disappointing that this part had to be taken out from the novel. However, I want to wish you all the best for the launch! And a heartfelt thank you for including the bonus scene with Emil and Dahlia – your storytelling is truly impressive. Can't wait to see more from you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awww... Thank you for your compliment. Yeah, it's kinda disappointing. But Mrs. Editor knows the best. At least it’s on open source now.

      Delete
  4. baca sini br tahu scene bonus... apapun all the best dalam penulisan yg seterusnya

    ReplyDelete
  5. Wowo....enjoyed my read of your sharing on the bonus scenes here. Thanks! Love the illustration on hubby in Tweety bird costume for wife birthday celebration. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx, Sienny. Fail Merah is on sales now. Only selling at RM24.00.

      Delete
  6. Thanks for your review, have a lovely week...

    ReplyDelete
    Replies
    1. But this is not a review. This is a bonus scene.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts