FAIL MERAH @ PBAKL 2023




Assalamualaikum & eiyo semua,

Fuh... rasanya sudah lama sangat dah kan kita tidak berjumpa di F.Mooneira's Bookshelf. Kalian semua apa khabar? Pasti kalian semua tertanya-tanya kenapa aku jarang sekali mengkongsikan post di laman web ini kan? Seperti yang pernah dinyatakan, laman web F. Mooneira's Bookshelf merupakan tempat aku mengkongsikan konten-konten yang berkaitan dengan buku dan projek penulisanku.

Walaupun jarang muncul di laman web ini, aku aktif sahaja di blog kepunyaanku, Fadima Mooneira. Di blog tersebut aku mengkongsikan aritkel-artikel mengenai pop-culture, edutainment, lifestyle, beauty & travel. Selain blog, aku juga kerap kali mengkongsikan konten-konten menarik mengenai Fail Merah dan projek-projek akan datang di Instagram, Twitter, dan Facebook Page. Jadi follow lah blog aku, Fadima Mooneira, dan akaun-akaun medsos kepunyaanku rapat-rapat agar kalian tidak ketinggalan ^_^

Untuk entry terbaru ini, aku mahu mengkongsikan pengalaman menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (PBAKL 2023). Ya, novel sulungku, Fail Merah telah menyertai Ruang Mandiri @ PBAKL 2023 baru-baru ini. 

By the way, apa itu Mandiri ya kawan-kawan? Mandiri ialah satu ruang khas yang disediakan kepada penulis-penulis swaterbit (seperti aku) dan penerbit-penerbit indie untuk mempromosikan karya-karya mereka kepada khalayak umum. Selain itu, Ruang Mandiri juga memberi peluang kepada ulat-ulat buku di Malaysia untuk berkenalan dengan penulis-penulis swaterbit, mendapatkan karya-karya yang rare dan sukar ditemui di  pasaran.

Ruang Mandiri bermula pada 5 hari terakhir Pesta Buku, ia itu 31 Mei hingga ke 4 Jun 2023. Ruang Mandiri terletak di Dewan Tun Razak 3, World Trade Centre.  

Aku di depan pintu gerbang Ruang Mandiri @ PBAKL 2023


Sebagai seorang penulis swaterbit, aku rasa bersyukur kerana telah diberi peluang untuk menyertai Ruang Mandiri. Pesta Buku tahun ini merupakan pengalaman pertama aku. Banyak benda mengenai book marketing yang dapat aku pelajari daripada pengalaman ini. Ia memberi aku idea baru untuk mempromosikan Fail Merah dengan lebih berkesan dan menjadikan aku lebih yakin untuk menonjolkan diri sebagai seorang penulis. Insya-Allah, I will practice all the things I've learned. Thank you, Puan Mimi & pihak PBAKL for this opportunity. I'm forever grateful for this experience ^_^ Aku juga berdoa semoga diberi peluang untuk menyertai acara seperti ini lagi di masa akan datang. Insya-Allah ^_^

Selain daripada pengalaman, aku turut bersyukur kerana dapat berkenal-kenalan dengan penulis-penulis swaterbit yang lain. You guys rock!!! You guys are awesome people!!! I'm forever grateful to get to know you guys. Aku mendoakan semoga persahabatan kita akan berkekalan. Aku juga turut mendoakan kejayaan kalian semua di dunia dan akhirat. Insya-Allah, semoga kita semua akan menjadi insan yang berjaya dalam apa jua yang kita ceburi. Aamiin. Btw, please keep in touch ya, guys ^_^ Let's be friends forever! Jom kita sama-sama majukan industri buku dan penulisan kreatif negara.

Last but not least, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Abeoji & Eomoniku atas support dan pertolongan mereka. Tanpa mereka aku mungkin tidak akan bertahan sehingga ke hari kelima. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang hadir ke Pesta Buku untuk memberi sokongan. Thank you, mates. I really appreciate that ^_^ Aku juga mengucapkan terima kasih kepada para pengunjung yang membeli novel Fail Merah dan karya rakan-rakan Mandiriku. We all appreciate that. Semoga kalian semua akan terhibur dengan karya kami. Selamat membaca lewah ^_^ Insya-Allah, semoga kita akan ketemu lagi di masa akan datang. Aamiin. 

Ok'lah, itu sahaja yang aku hendak kongsikan. Sebelum aku mengakhiri post ini, aku ingin mengajak kalian semua melihat gambar-gambar di bawah. Gambar-gambar ini ditangkap semasa Pesta Buku. Let these pictures do the talking...


Fadima Mooneira & Fail Merah's first day at Ruang Mandiri. Inilah reruai comelku. M10 nombornya ^_^



Bersama salah seorang pembeli terawal Fail Merah. Thank you for your support, Cik Najwa ^_^


Bersama Kak Long Saaraa. Terharunya bila kakak angkat yang dah lama tak jumpa datang beri support ^_^



Bersama Prof. Muhammad Haji Salleh pada hari kedua Mandiri. Terasa nervous la pula bila Sasterawan Negara beli karya kita. However, thank you for the support, Prof. I really appreciate that. And I'm grateful to meet you ^_^


Jadi moderator untuk Sesi Resensi Bersama Kid Haidér. Masa jadi moderator untuk Kid, aku tak ada rasa nervous. Tapi masa time resensi sendiri entah kenapa aku terasa nervous pula. Well, we'll talk about that later :P Btw mates, Kid Haidér ni pun novelis juga. He's a creative genius. You guys need to check out his work. Trust me, you'll be amazed ^_^




I'm wearing Arsenal T-Shirt on the third day, guys. Btw, the third day was the best for me ^_^


Bersama Bonda Nabun ~ salah seorang rakan Mandiri. Thank you for your kind support, Bonda Nabun. You're awesome ^_^


Ha'ah... ni lah sebab kenapa aku kata Pesta Buku best giler. Bukan sahaja aku dapat jual dan promote Fail Merah. Tetapi dapat juga lepaskan rindu kepada sahabat-sahabat yang dah lama tak jumpa. Thank you for your time and support, Mel. Rindunya dekat awak. Syukur alhamdulillah ^_^



Bersama salah seorang rakan Mandiri & novelis indie ~ Mak Chantek. Thank you for your support, Mak Chantek. Hope to see you again soon. You are beautiful & talented, please remember that ^_^



Bersama sahabat karib, Raden Syuhaidah & anak-anaknya. Thanx for coming, Raden. Lama betul kita tidak berjumpa. Dah besar anak-anak you rupanya ^_^



When I was a teenager, I always dream to publish my own book and have an autograph signing session. Syukur alhamdulillah, sudah tercapai impian aku. Rasa bersyukur sangat-sangat. Thank you for this picture, Raden ^_^


Fadima Mooneira & Fail Merah's fourth day at Mandiri PBAKL 2023. Hari yang paling mendebar-debarkan buatku. Nak tahu kenapa? Jom kita tengok gambar selepas ini...


Wahaha... the fourth day was also my resensi day ~ Jom Geek Pasal Fail Merah. I was really nervous. Maklumlah aku jarang naik pentas dan bercakap. Setakat jadi tray girl adalah :P Macam mana pun, syukur alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik dan lancar. Terima kasih kepada moderator, Yuda Areni kerana banyak membantu dan memeriahkan suasana. Terima kasih juga kepada Kid Haidér, Mak Chantek & rakan-rakan lain atas sokongan anda. Tanpa kalian sah-sah aku dah jadi arnab atas pentas tu :P


TEAM FAIL MERAH!!! Thanx guys! It was an awesome day for me & Fail Merah. You guys are the best. Muax!!!


Bersama KDKku, Maddy M. Thank you for coming and always being there for me. You're the best, babe, <3 <3 <3



Terharu rasa bila kawan yang sudah lama tak jumpa turut datang beri support. Khamsa Hamnida, Lizzy Kim. Happy dapat lepaskan rindu dekat awak, chingu. Yeomoni sarang hamnida ^_^



Fadima Mooneira & Fail Merah's fifth & final day at Mandiri PBAKL 2023



Bersama novelis Amshida Ahmad Rani (a.k.a Kak Shida) dan juga jiran reruaiku. Her first novel is titled Cinta Tidak Menipu. Please check it out!


Bersama Yuda Areni. FYI guys, Yuda is a fantasy author. His first novel is titled Orakel Dewata. If you're a fantasy addict, you need to check out Orakel Dewata. You'll be amazed ^_^ Thank you for your support, Yuda. I'm forever grateful to get to know you. You're an awesome person. Keep up the good work. I will always root for you ^_^


Last but not least, here's a picture of my cute Eomoni enjoying herself at my booth. Thank you for your help and support, Eomoni. I probably won't make it without you. I also had a great time with you. Mother and daughter always make a good team. Thank you to Abeoji too for the big help. Love you loads, Abeoji <3 <3 <3




Ok'lah, itu sahaja yang hendak aku kongsikan. Insya-Allah semoga ketemu lagi dalam entry akan datang. Tetapi kalau kalian tengok laman ini sunyi sahaja, segeralah ke blog aku, Fadima Mooneira ya. Di sana meriah selalu ^_^

XoXo,

Fadima Mooneira ^_^
(Author of Fail Merah)



#FailMerah #FadimaMooneiraWriter #NewAdultRomance #NovelHipster #NovelMelayu #PBAKL2023 #MandiriPBAKL2023 #FMooneirasBookshelf #WritingCommunity #WritersLife #WritersCafe

















































Comments

  1. Bestnya!! Glad you had a fun and enriching experience at PBAKL 2023. Semoga terus maju jaya!!! 💪💪💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Thank you, Maddy ❤️❤️❤️💋💋💋

      Delete
  2. Ohh wowo...so happy to read this stories of yours booth experiences, sure happy to meet your readers in person right. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur alhamdulillah. It was a good experience. And it was the sweetest memory for me this year. I'm forever grateful for this experience.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts